Misteri Bukit Panau, Tanah Merah

by - 21:29


Salam 1 malaysia kepada semua pembaca dan peminat sejarah serta misteri negara. Dalam blog ini, saya ingin berkongsi maklumat bersama kalian untuk merungkai sebuah cerita misteri yang rata-rata dari kita tidak mengetahuinya. Kebanyakkan dari kita tahu akan sejarah tetapi kurang tahu akan misteri sejarah tersebut. Misteri yang dimaksudkan adalah misteri berkait dengan Bukit Panau di Daerah Tanah Merah, Kelantan.

Ada pihak mengatakan Mount Ophir yang disebut dalam kitab Yahudi yang merujuk kepada Gunung Ledang di mana Nabi Sulaiman a.s. pernah sampai ke sana sebenarnya adalah Bukit Panau setelah kajian dibuat. Tak tahu pula kajian macam mana yang diorang buat. Yang hendak saya sampaikan adalah kisah antara Sayyid Hussein Jamadil Qubra dan juga Laksamana Hang Tuah di Bukit Panau.


Sayyid Hussein Jamadil Qubra

Sayyid Hussein Jamadil Qubra adalah ketua Wali 7 yang bermudik dengan kapal dari Mekah bersama adiknya Syeikh Thana’uddin lalu singgah sebelah Bukit Panau sekitar tahun 1349 Masihi selepas membina Masjid Kg. Laut iaitu masjid tertua di Malaysia yang struktur binaannya adalah tanpa paku. Masjid Kg. Laut pada asalnya terletak di Kampung Laut berhampiran Sungai Kelantan tetapi dipindahkan ke Nilam Puri bertentangan dengan UM Cawangan Kampus Islam atas sebab tapaknya semakin terhakis dan ditenggelami air yang sekarang ini sudah menjadi sungai. Mungkin sejak itulah Kampung Laut mendapat nama. 



Salah seorang anak Sayyid Hussein Jamadil Qubra dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja kepada Sultan Brunei sekarang. Maka terjawablah persoalan yang timbul dalam entri Sejarah Masjid Brunei Darussalam yang lepas.
Laksamana Hang Tuah

Adik kepada Sayyid Hussein Jamadil Qubra iaitu Syeikh Thana’uddin menetap di Bukit Panau sebagai tempat pertapaan. Di Bukit Panau inilah Laksamana Hang Tuah datang berguru dengan Syeikh Thana’uddin yang menggunakan nama gelaran Adi Putera setelah berjalan selama 7 hari 7 malam dari Kota Melaka sekitar tahun 1400 Masihi.


Dikatakan juga Hang Tuah adalah guru kepada Allahyarham Dato’ Paduka Meor Abdul Rahman iaitu Mahaguru Silat Seni Gayong yang sangat terkemuka. Maksud guru yang dinyatakan bukanlah secara direct kerana Hang Tuah dan Meor Abdul Rahmanadalah daripada dua zaman yang berbeza. Allahyarham Meor Abdul Rahman dilahirkan 17 haribulan Ogos 1918 di Kampung Lake Garden, Taiping, Perak. Mustahil mereka berdua boleh berjumpa dalam jarak masa yang terlalu jauh.

Guru yang dimaksudkan adalah melalui mimpi yang dialami oleh Meor Abdul Rahman semasa beliau ke Mee Nam, selatan Thailand. Hang Tuah telah meludah ke dalam mulut Dato’ Meor untuk menurunkan ilmunya.

Daripada cerita tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa Misteri Laksamana Hang Tuah juga ada kaitan dengan Bukit Panau. Kalau orang-orang Cik Siti Wan Kembang tahu akan perihal ini, maka berbanggalah mereka akan asal usul tempat kelahiran mereka itu. Insyaallah, saya akan cuba untuk merobek lagi perihal misteri ini dalam masa-masa akan datang.





You May Also Like

2 comments