Must Read !! Cerita best... Part 2

by - 21:35


Teka Teki 

Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
Daun betik boleh melembutkan daging yang
keras, tangan perempuan dapat
mengeraskan daging yang lembut.

Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Burung punai (Neil Armstrong punya)

Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan
nyawa, kondom plak kalau
bocor boleh menambahkan nyawa.

Apa yang mahal pada BMW
Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX.
Kan murah tu…

Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Rumah terbakar

Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
Orang sedang panjat tiang talipon.

Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side
effect)?
Viagra dan Krim membesarkan payudara. Kesan
dia ke depan, bukan ke samping.

Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati
orang bertepuk tangan.
Apa dia?
Lilin kek harijadi.

Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang.
Mata terpejam
menikmatinya. Apa dia?
Orang sedang meniup seruling.

Apa nama sudirman masa kecil?
Sudirboy.

Lawak 3

Di sebuah Rumah Setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan

seorang anak lelaki, si Apit.

Pada suatu malam si Papa nak menunaikan
tanggungjawap kepada si Mama.
“Sayang, abang nak lagi, Yang”. Pelawa si Papa
disertai nafas ghairah.

“Ya bang… tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?”
Jawab si Mama penuh kerinduan.

Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak.
“Pit… dah tidur kau pit?.”
“belum Papa… tengah baca buku.”
“Sudah…esok saja, dah malam, tidur!!!!”
Perintah si Papa tegas

Kira kira 10 minit kemudian, si Papa teriak lagi.
“Pit…. dah tidur kau Pit?
“Belum….”
Si Papa mengemaskan ikatan kain pelikat
lalu keluar memarahi dan memukul si Apit.

“Disuruh tidur….tidurlah!!!” sehingga kening si Apit benjol.

Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya,
tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Apit dari awal
sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit
“Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja….ya.”
“Ya….cikgu”. jawab si Apit.

Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan
Mamanya.
“Sayang, apa kata kita ke syurga lagi.”
“Ya bang…..tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum”
“Pit…..dah tidur kau Pit?.Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia
diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.

“Apit….dah tidur kau Pit?” ulang Papanya.

Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka
Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita.
Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan
ketakutannya.

Terjadilah ‘pertarungan’ antara Papa dan Mama yang
tidak diketahui oleh si Apit.

Tak lama kemudian Apit terdengar suara Papanya..
“Yang…abang nak keluar ni”, termengah²
“Ya Bang .. kita keluar sama-sama”, dia dengar
suara Mamanya menjawab.

Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak sekuat hati;
“Apit nak ikutt.. Apit nak ikuuttt”

Esoknya….Apit BENJOL lagi …….

Lawak 4

Suatu hari di asrama wanita, seorang warden sedang memeriksa keadaan
blok asrama.
Di salah satu bilik ter dengar suara “Aaarggh, uumph, yees, ouchh,
uhhhh, enak..” dan si warden pun tersentak waktu mendengar suara
itu…

Keesokan harinya semua pelajar perempuan dikumpulkan di padang:

Warden: “Semalam saya terdengar suara erangan di salah satu bilik…”

Murid: “Hah?!!”
Shanti: “Kikiki”

Warden: “Tapi takpe jugak…saya terjumpa seluar dalam teman
lelakinya”

Murid: “Hah?!!”
Shanti: “Kikikikikikiki…”

Warden: “Rupanya didalam seluar dalam tersebut terdapat kondom…”

Murid: “Hah?!!”
Shanti: “Kikikikikikiki… hihihihi…”

Warden: “Malangnya kondom tersebut dah bocor!”

Murid & Warden: “Kikikikikikiki…”
Shanti: “Hah?!!”

You May Also Like

0 comments