Buat Duit Dengan Iklan

by - 23:28

Cara paling biasa blogger buat duit dengan blog ialah dengan cara buat duit dengan iklan. Terdapat beberapa syarikat pengiklanan yang selalu digunakan oleh blogger sama ada syarikat tempatan ataupun luar negara. Antara syarikat pengiklanan tempatan yang popular adalah seperti berikut:




Ini adalah syarikat pengiklanan yang paling popular buat masa ni. 4 langkah mudah untukbuat duit dengan Nuffnang; register sebagai publisher Nuffnang > isikan maklumat blog korang > lengkapkan survey > dapatkan code iklan untuk dipasang pada blog korang. Secara mudahnya macam tu. Pada bahagian Blog Manager pastikan pilih Show Global CPC/CPA ads untuk earning yang lebih banyak. Poll pula terpulang pada diri masing-masing. Tapi aku rasa tak perlu kot.

Kalau nak dapatkan earning yang lagi banyak, korang kena jadi publisher berstatus Exclusive ataupun biasanya disebut sebagai GlitteratiMember. Caranya mudah, cuma perlu letakkan ketiga-tiga iklan (skyscrapper, leaderboard dan large rectangle) dalam satu blog dan pada kedudukan yang strategik macam gambar kat sebelah ni. A untuk iklan leaderboard, B untuk large rectangle dan C untuk iklan skyscrapper. Dengan status Glitterati korang berpeluang untuk dapat iklan mCPM iaitu iklan yang dikira berdasarkan impression atau secara kasarnya bermaksud jumlah pelawat ke blog korang. Iklan mCPM juga selalunya disebut sebagai Buffered Earning yang hasilnya lebih lumayan berbanding iklan biasa seperti CPC dan CPA.





Ini pun satu lagi syarikat pengiklanan yang agak popular di Malaysia. Konsepnya sama saja dengan Nuffnang. Korang boleh register sebagai publisher dan terus dah boleh pasang code iklan pada blog. Cuma, banyak kata-kata kurang enak yang didengar pasal Advertlets yang berkaitan dengan pembayaran. Ada yang dah request cashout berbulan-bulan tapi cek tak sampai-sampai lagi. Tapi ada juga yang dah pernah merasa payment daripada Advertlets ni berkali-kali. Nasib jugalah kot. 







ChurpChurp ni sebenarnya satu lagi servis pengiklanan daripada Nuffnang yang fokus kepada cara pengiklanan melalui Twitter dan Facebook. Berdasarkan pengalaman, buat entri atau post tentang iklan ChurpChurp dalam blog lebih mudah untuk dapat earning. Tapi terpulanglah, kalau korang pandai guna ayat killer dalam status Twitter atau Facebook, itu lebih mudah. Kunci utama bagi ChurpChurp ni ialah cuba dapatkan perhatian orang untuk klik iklan ChurpChurp kita.

selebihnya boleh baca kt sni..

You May Also Like

0 comments