Bayi berusia 46 hari meninggal dunia pada hari pertama di Taska
ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah taska di Taman Serindit di sini, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
Nur Alyssa Dania Mohd Saipol, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, petang semalam (Khamis) kira-kira pukul 3 petang selepas dihantar oleh pihak taska pada pukul 1.30 petang kerana kelihatan terlalu lesu.
Bapanya, Mohd Saipol Rizal Abu Seman, 26, seorang pembantu restoran berkata sebelum dihantar ke taska, anaknya kelihatan sihat seperti biasa dan semalam hari pertama dia serta isteri Roslina Roslin, 27, menghantar bayinya itu ke taska berkenaan.
Katanya mereka menghantar Nur Alyssa Dania sebaik habis tempoh berpantang bagi membiasakannya dengan persekitaran baru sebelum Roslina yang bekerja sebagai pembantu farmasi mula bertugas Selasa ini.
"Kami hantar anak ke taska pukul 8.30 pagi semalam dan dapat tahu anak dimasukkan ke hospital menerusi panggilan telefon daripada pihak hospital pada pukul 3 petang semalam.
"Anak saya disahkan meninggal dunia pukul 3 lebih. Doktor ada beritahu berdasarkan laporan awal bedah siasat ada jangkitan sedikit pada paru-paru dan tiada kesan macam penderaan," kata Mohd Saipol kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Saipol bagaimanapun berkata dia akan menunggu laporan siasatan terperinci pihak polis terlebih dahulu sama ada untuk mengambil sebarang tindakan terhadap pihak taska.
Katanya jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kota, Sungai Mati Jalan Langgar dekat sini pagi tadi.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan punca utama kematian bayi itu.
"Doktor pun tidak dapat hendak sahkan punca bayi itu boleh meninggal dan buat masa ini kami klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut," katanya.
Beliau berkata pihak polis akan meneruskan siasatan menyeluruh termasuk mendapatkan kenyataan daripada pelbagai pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan lanjut diambil. -- BERNAMA

0 comments