Tembusi belakang badan
SUNYI…rumah mangsa yang tidak berpenghuni, semalam.
MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dipercayai terkena tembakan senapang patah buatan sendiri milik bapanya petang, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Kampung Orang Asli Gapam Baru, Jasin, dekat sini, mangsa, Aszalie Arshad maut selepas cedera di perut.
Difahamkan, bapa mangsa yang juga suspek utama kes itu mendakwa anaknya berebut untuk bermain senapang berkenaan, namun dia cuba menghalang dan dalam tarik-menarik itu, sedas tembakan dilepaskan secara tidak sengaja dan terkena Aszalie.
Malah, lelaki berusia 31 tahun itu dan isteri serta ahli keluarganya enggan bekerjasama dengan polis dan membersihkan tempat kejadian serta menyiapkan jenazah kanak-kanak itu yang sudah dimandikan di ruang tamu rumah untuk dikebumikan.
Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat kejadian tembakan di kampung berkenaan oleh Tok Batin, jam 6.30 petang.
sumber : hmetro
0 comments