‘Air penghawa dingin’

by - 09:23

GEORGETOWN: Sepasang kekasih memberi alasan tidak masuk akal dengan mendakwa tompokan air mani di katil kesan air alat penghawa dingin ketika mereka ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel di Lebuh Chulia, disini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 12.15 tengah malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) itu, wanita berusia 18 tahun itu tidak sempat memakai pakaian dan hanya berselimut untuk menutup tubuhnya.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya membuat pemeriksaan melalui buku pendaftaran sebelum ke bilik disewa pasangan kekasih itu.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir lima minit sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki.

Katanya, pemeriksaan dilakukan mendapati seorang lelaki hanya berseluar panjang tanpa memakai baju mengaku duduk bersama rakannya.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui seorang wanita berada atas katil dalam keadaan berselimut dan pemeriksaan mendapati dia di dalam keadaan berbogel.

“Pemeriksaan lanjut turut menemui kesan tompokan air di atas katil dipercayai air mani namun ketika disoal mereka memberi alasan air dari alat penghawa dingin,” katanya.

Khairul Azman berkata, lelaki terbabit berusia 20 tahun dan dia memberi alasan mahu menumpang tidur di situ.

Beliau berkata, kedua-duanya ditahan dan dibawa ke JHEAIPP untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

sumber : hmetro

You May Also Like

0 comments