5 Negara Paling Kecil

by - 15:32

1. Vatican City

Saiz : 0.17sq. mi (0.44 km persegi)
Populasi : 783
Lokasi : Rome Italy


Dengan keluasan ala-ala padang golf, Vatican City ni dibangunkan pada tahun 1929 oleh Lateran Treaty. Ianya sangat kecil sampai takde nama jalan pun. Takde seorang pon yang ada kewarganegaraan tetap. Siapa yang bekerja dalam negara ini saja ada. Itupun ditarik balik kewarganegaraan dorang bila dah berhenti kerja.
Bahasa yang mereka gunakan ialah Italiano n Latino dan satu2nya ATM berbahasa Latin ialah di negara ni.. Oh lupa, dorang xkena byr cukai.


2. Monaco

Saiz : 0.8 sq. mi. (1.9 km persegi)
Populasi : 35,657 (tahun 2006)
Lokasi : French Riviera di Maditerranean


Monaco adalah negara kedua terkecil didunia. (Lebih kurang saiz New York,s Central Park). Pada asalnya negara ni lebarnya adalah 350meter tapi dorang tambak laut kasi lebar. Negara ini diperintah oleh kerabat diraja. Selama 7 abad negara ini pernah diperintah oleh Puteri Grimaldi family daripada Genoa. Negara ini dapat duit daripada perjudian (kaisno). Paling femes Casino Royal (James Bond movie). Tetapi rakyatnya dilarang sama sekali untuk berjudi di mana - mana kasino.


3. Nauru

Saiz : 8 sg. mi (21 km persegi)
Populasi : 13,005 (Pada tahun 2005)
Lokasi : Lautan Pasifik


Nauru ialah kepulauan negara paling kecil didunia, republik bebas yang paling kecil dan satu-satunya republik yang takde ibukota rasmi.Pendapatan negara ni ialah fosfat (sejenis baja untuk tumbuhan) kerana Nauru menjadi tumpuan burung membuang. Perniaagan fosfat ini menjana pendapatan yang amat lumayan satu masa dulu untuk Nauru. Kerajaan mereka mengambil 95% Nauruan utk bekerja di sektor kerajaan.
Pembelajaran dan perubatan adalah percuma untuk rakyatnya.Walaubagaimanapun, kemewahan Nauru tidak tahan lama (mungkin burung g membuang kat tempat lain).


4. Tuvalu

Saiz : 9 sq. mi (26 km persegi)
Populasi : 10, 441 (pada tahun 2005)
Lokasi : South Pacific


Tuvalu asalnya ialah rantaian pulau karang. Dengan ketinggian hanya 16 kaki dari paras laut, kemungkinan besar negara ini tidak akan wujud dalam 50 tahun akan datang jika paras laut terus meningkat. Mereka sudah membuat perancangan untuk pindah ke New Zealand dan kepulaun pasifik yang lain.Pendapatan utama negara ini ialah menyewa Internet country code top-level domain. tv


5. San Marino

Saiz : 24 sg. mi (61 km persegi)
Populasi : 28, 117 (pada tahun 2005)
Lokasi : Utara tengah Itali berhampiran Pantai Adriatik


San Marino merupakan negara republik paling tua di dunia. Dibina oleh lelaki yang bernama Marino. Sebelum Perang dunia kedua, San Marino merupakan negara paling miskin di dunia. Tetapi hari ini, negara ini menjadi tumpuan 3 million pelancong setiap tahun (setengah daripada pendapatan negara menerusi perlancongan). Rakyat negara ini antara yang terkaya didunia.


You May Also Like

0 comments

Google+ Followers