Rain pakar tembak

by - 14:56

BUKAN hanya berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, selebriti Rain juga sebenarnya mempunyai kemahiran menembak yang sungguh hebat sehingga dia terpilih menjadi pembantu jurulatih bagi Divisyen 5 di Pusat Latihan Rekrut.

Memulakan latihan ketenteraan sejak 11 Oktober lalu, Rain menunjukkan kepakarannya dalam menembak apabila berjaya membidik 19 sasaran tepat daripada 20 tembakan yang dilakukan.

Namun, Rain bukanlah selebriti yang pertama berbuat demikian kerana pelakon Hyun Bin juga pernah mendapat markah yang sama sehingga digelar sebagai pakar menembak.

Mengikut peraturan, seorang askar yang dalam latihan perlu melakukan minimum sebanyak 60 peratus tembakan tepat daripada jumlah tembakan yang dilakukan sebelum layak digelar mahir.

Daripada jumlah 140 askar yang menjalani latihan, hanya 98 saja memperoleh markah minimum dan Rain tersenarai antara tiga yang terbaik. Rain dijangka menamatkan latihan di pusat latihan itu pada 14 November dan akan menjalani pendidikan eksekutif di Pusat Latihan Rekrut Kedua sebelum secara rasmi akan memulakan perkhidmatannya sebagai anggota tentera pada 9 Disember depan.

kredit : HMETRO


You May Also Like

0 comments