Neelofa @ Fara Fauzana - Rating

by - 23:33




“Bukan kerana rating rendah. Kami memilih Neelofa & Fara Fauzana sebagai hos Nona 2012 kerana ingin memberikan nafas baru dan menarik lebih ramai penonton muda. Neelofa pun menunjukkan kriteria yang bertepatan dengan konsep program 2012 semasa sesi casting dijalankan. Manakala, Fara Fauzana dipilih kerana dia sememangnya dikenali ramai dengan gaya celoteh yang menarik,” ujar Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar ketika ditemubual semasa sidang media acara Media Prima Nite di Kuala Lumpur Convention Center, Jumaat lepas.

Tambah Puan Nurul Aini lagi, “gabungan kedua-dua hos ini akan memberikan penonton 2 personaliti yang amat berlainan daripada segi pengacaraan. Neelofa merupakan bintang baru yang berjaya menapak dalam industri hiburan, manakala Fafau mempunyai kumpulan peminat yang amat besar. Jelas sekali, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan kami berharap kemunculan mereka akan memantapkan lagi pengisian program Nona.”

Puan Nurul Aini turut memberikan respon mengenai penonton yang kurang gemar dengan pengisian segmen program, terutamanya apabila ia melibatkan perkahwinan serba mewah.

“Nona sememangnya amat menitikberatkan kepuasan penonton untuk setiap segmen yang ditayangkan. Paparan perkahwinan serba mewah sering mendapat rating yang tinggi dikalangan penonton setia. Walaupun tidak semua penonton mampu, tapi ada penonton yang kreatif mendapat inspirasi daripada paparan Nona dan mencari penyelesaian dengan kos yang lebih murah,” jelas Puan Nurul Aini.

kredit : ohbulan

You May Also Like

0 comments