Koleksi Cerita Lawak Pendek 5

by - 01:45

Bapa Dan 3 Anaknya

Seorang bapa berjalan dengan 3 orang anaknya, masing-masing berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja. Bapa itu kelihatan sedang berfikir keras ketika saya bertanya,
“Ada yang dapat saya bantu?”
“Saya berasa perlu untuk membeli sesuatu, tetapi saya tidak dapat mengingati apa yang ingin saya beli,” jawab bapa itu. Lalu bapa itu memandang ke arah anak-anaknya dan bertanya, “Baiklah anak-anak, selain katil dan pintu bilik mandi, benda apa lagi yang korang rosakkan dalam minggu ini?


Siapa Di Luar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
“Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan.
“Saya Malaikat Maut!”
“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota Polis !”



Ingat! Seperti Bom Tangan


Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.

“Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan,” pegawai itu menerangkan. “Kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan ‘foam’nya.” terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, “Ingat ! Seperti bom tangan.” Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.



You May Also Like

0 comments

Google+ Followers