Bio : Fasha Sandha

by - 13:17

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, dilahirkan pada 28 Mac 1984 di Johor Bahru, Johor, namun dibesarkan di Perlis dan Pulau Pinang.

Anak kedua dari empat beradik ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Convent, Bukit Mertajam, PulauPinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Memulakan kerjaya seninya dalam bidang modelling. Komersial TV pertama yang dijayakannya ialah Total Image pada 2000 ketika dia masih menuntut di tingkatan empat. Sehingga kini Fasha sudah menjayakan kira-kira 15 komersial TV termasuklah Maxis, Petronas, Pantene, Mc Donaldís dan Nokia.

Dia terus melebarkan kerjaya seninya apabila menyertai dunia lakonan. Filem pertamanya adalah Black Maria pada 2001, ketika itu Fasha baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Filem seterusnya ialah Bintang Hati, Berlari Ke Langit, SH3, Anak Mami Kembali, Gong, Bujang Senang dan terbaru, Cicak Man terbitan KRU Films. Sementara itu, Anak Mami Kembali bakal ditayangkan pada Aidilfitri nanti.

Selain dikenali sebagai pelakon filem, Fasha juga aktif berlakon drama TV. Drama TV pertama lakonannya ialah Dengan Nama Cinta arahan Osman Ali. Sehingga kini, dia sudah berlakon kira-kira 10 drama. Terbaru, Fasha masih dalam penggambaran drama bersiri 26 episod, Natasha dan dalam masa sama disiarkan menerusi slot Lestary di TV3. Selain itu, drama bersiri, Usia juga lakonan Fasha masih disiarkan menerusi TV1 setiap Ahad dan Isnin jam 9.30 malam.

Fasha pernah tercalon sehingga peringkat akhir atau Top 5 pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 (ABPBH2004) menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular. 

You May Also Like

0 comments