Kuku Tangan Lebih Cepat Panjang..
Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit.
Kuku mempunyai 2 fungsi utama iaitu :
Kuku jari lagi cepat tumbuh sebab ianya lebih terdedah dan kita lebih banyak menggunakan kuku jari. Kuku yang paling cepat tumbuh ialah kuku jari tengah, kalau korang kidal, kuku jari tengah belah kiri lagi cepat tumbuh berbanding kuku belah kanan dan atas sebab-sebab yang tak diketahui, pemanjangan kuku berkait rapat dengan kepanjangan jari. Jari yang paling panjang kukunya tumbuh paling cepat, jari yang pendek kukunya tumbuh paling lambat.
- Sebagai pelindung kepada hujung jari.
- Memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh. Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor
- Kuku bertumbuh atau memanjang pada setiap masa, tetapi kadar pemanjangannya bergantung kepada faktor usia, jantina, musim, tahap latihan, suhu badan, diet, dan keturunan. Kuku jari tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan. Ini bermakna, kuku tangan mengambil masa kira-kira 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya menggantikan kuku yang lama, manakala kuku kaki memerlukan masa antara 12-18 bulan.

0 comments