Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Mayones .
Mayones mula tercipta pada tahun 1756 dan ia merupakan idea bijak seorang tukang masak dari Perancis. Konon nya sebaik sahaja Belanda mengalahkan British di Pelabuhan Mayon, tukang masak mereka ingin memberi kejutan kepada semua tentera dengan menyediakan sejenis sos yang diperbuat daripada krim dan telur. Mahu dijadikan cerita, ketika sedang membancuh sos ini, tukang masak tersebut menyedari di dapurnya telah kehabisan krim. Oleh itu, dia telah menggantikan krim dengan minyak zaitun. Keajaiban kulinari telah tercetus dengan kebijaksanaan tukang masak tersebut. Sos itu kemudian dinamakan sebagai "Mahonnaise" sebagai penghargaan terhadap kemenangan Belanda.
Dan apa yang harus anda tahu tentang Mayones....
Dan apa yang harus anda tahu tentang Mayones....
- Mayones mempunyai nilai pH antara 3.8 dan 4.6. Ini menjadikan mayones tergolong dalam makanan berasid.
- Dikatakan salad kentang yang dilengkapi dengan mayones boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit sekiranya ia dibiarkan terdedah kepada matahari. tanggapan itu salah kerana pH mayones menghalang bakteria dari hidup di dalam nya.
- Mayones yang terdedah lama (dalam tempoh 24jam) di luar dan kemudiannya dimasukkan ke dalam peti sejuk masih boleh digunakan. Cuma, ia akan menghasilkan bau dan rupa yang tidak menyelerakan (untuk mayones yang telah dikeluarkan dari bekasnya).
- Memakan mayones yang sudah berbau dan mempunyai rupa kurang enak tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit perut atau muntah-muntah (melainkan sudah sampai tarikh luput atau berada di luar peti sejuk melebihi tempoh 24 jam, juga untuk mayones yang telah dikeluarkan dari bekasnya).
Sumber: Rapi
0 comments