Harimau Muda A lawan B-22 Qatar Ahad ini

by - 16:27

http://1.bp.blogspot.com/-t5XtedDeEWk/TZXHHGzt2hI/AAAAAAAAGeA/zBLLGiuZyng/s1600/harimau_muda.JPG

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda A akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dalam satu kenyataan hari ini, berkata perlawanan itu akan bermula pada 4.30 petang dan tiket akan dijual mulai 2 petang.
 
Harga tiket ialah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

FAM, pasukan bawah 22 tahun Timor Leste, yang dijadual menentang skuad Harimau Muda A pada tarikh sama, menarik diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Perlawanan itu adalah sebahagian daripada persediaan skuad bimbingan Ong Kim Swee bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun akhir bulan ini.

Piala AFC itu adalah kejohanan pertama kali dianjurkan AFC dengan penyertaan 41 pasukan dari benua Asia. - BERNAMA

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers