EURO 2012 - Piala dan Maskot

by - 10:58


Piala Euro


Sebagaimana kita sedia maklum, Euro 2012 akan berlangsung pada 8 Jun 2012- 1 Julai 2012 di Poland dan Ukraine sebagai tuan rumah bersama. Pagi karang akan berlangsung undian untuk menentukan negara yang bertanding untuk diletakkan dalam kumpulan masing-masing. Kalian boleh saksikan ia di Astro Supersport 811 pada pukul 1.00 pagi nanti.


Maskot Euro 2012- Slavek dan Slavko


Sebelum itu, mari kita lihat negara-negara yang layak bertanding dalam Euro 2012.

  • Poland (tuan rumah)
  • Ukraine (tuan rumah)
  • Spain (juara Euro 1964 dan 2008)
  • Greece (juara Euro 2004)
  • Perancis (juara Euro 1984 dan 2000)
  • Jerman (juara Euro 1996)
  • Denmark (juara Euro 1972, 1980 dan 1996)
  • Portugal
  • England
  • Belanda (juara Euro 1988)
  • Itali (juara Euro 1968)
  • Russia
  • Croatia
  • Sweden
  • Republik Czech ( juara Euro 1976)
  • Republik Ireland


Sekarang, mengenai pot-pot negara yang diletakkan pilihan. Semakin kecil nilai pot, semakin tinggi nilai pilihan. Tuan rumah diberi pot 1 jadi Poland dan Ukraine menghuni pot 1.

Pot 1: Poland (tuan rumah), Ukraine (tuan rumah), Spain (juara bertahan) dan Belanda
Pot 2: Jerman, Itali, England dan Russia
Pot 3: Croatia, Greece, Portugal dan Sweden
Pot 4: Denmark, Perancis, Republik Czech dan Republik Ireland

You May Also Like

0 comments