Khasiat Jagung

by - 15:38

 http://1.bp.blogspot.com/-9MHKpwq6mNo/T2-0UYoMIVI/AAAAAAAADBU/Wvq_1AW7kQY/s1600/corn-on-the-cob.jpg

Jagung atau nama saintifiknya ‘Zea mays’ berasal dari keluarga rumput ‘Gramineae’.Jagung merupakan sejenis bijirin yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.Jagung muda kaya dengan protein,beta-kerotina,vitamin A,B1,B6,C dan K,kalsium,fosforus,zat besi,serat tinggi dan mengandungi sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan.

Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang,gigi,rambut dan hati.Ia juga boleh menurunkan tekanan darah serta melawaskan pembuangan air kecil.Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh.Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak,kolestrol dan rendah kalori.

Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York,USA,jagung yang dimasak sama ada dikukus,rebus atau dibakar,membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

MINYAK JAGUNG.

Minyak jagung dihasilkan daripada biji jagung atau ‘germ’ (jumlah keseluruhan kandungan minyak daripada setiap biji jagung adalah 4%).Minyak jagung baik untuk kesihatan kerana mengandungi vitamin E yang tinggi,lemak tak tepu dan sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit.Minyak jagung juga mampu menurunkan kolestrol darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.

TEPUNG JAGUNG.

Biji jagung kering digiling kasar untuk memisahkan kulit dan isinya.Kemudian ia digiling halus dan diproses untuk dibuat tepung.Tepung jagung sedap dibuat lempeng (pancakes),roti jagung dan kuih-muih.Tepung jagung juga digunakan untuk memekatkan sos atau kuah.

EMPING JAGUNG.

Emping jagung atau (corn flakes)adalah bijirin sarapan yang baik.Emping jagung adalah campuran jagung,ekstrak ‘malt’,garam,vitamin,zat besi dan anti-oksida yang boleh meningkatkan daya tumpuan,melawan keletihan dan mencegah anemia.Emping jagung rendah lemak dan diperkaya dengan vitamin A,C dan zat besi.Emping jagung selalu juga dijadikan sebagai bahan dalam membuat biskut,kek dan kuih-muih.

‘POPCORN’
‘Popcorn’ merupakan snek ringkas yang sedap dan berkhasiat.Ia rendah kalori.Secawan ‘popcorn’ tanpa minyak hanya mengandungi 30 kalori sementara yang berminyak pula hanya 55 kalori.Walau ditambah mentega cair pun,kalorinya hanya 90-120 sahaja.’Popcorn’ bukan sahaja kaya dengan karbohidrat,rendah lemak,tetapi berserat tinggi juga.Ini membuatkan ia menjadi snek yang berkhasiat dan mengenyangkan.American Dietetic Association menyenaraikan ‘popcorn’ sebagai snek berserat tinggi dalam senarai “10 Great Ways to Fiber Up”. The American Diabetes Association pula menyatakan bahawa ‘pocorn’ sebagai pengganti kanji dalam diet mengawal berat badan.

You May Also Like

0 comments