Cara-cara untuk Memikat bagi yg masih bujang

by - 23:30



Bukan budaya kerja sahaja perlu ada etika, malahan ilmu memikat hati juga wajib ada adabnya. Etika memikat perlu dijayakan sebaik-baiknya agar si dia jatuh ke tangan mu. Kalau berjaya, kan itu satu bonus!

Bukan semua punya kelebihan memikat kerana apabila berdepan, gugup pula jadinya. Berpeluh-peluh menahan cemas. Satu badan menggigil kerana kamu jadi pegun melihat si dia. Mulut jadi bisu dan perlakuan mula serba tak kena. Silap hari bulan yang bukan-bukan dilakukan. Rasa bodoh menguasai diri kerana satu persatu kesilapan dilakukan. Kamu mungkin tersandung jatuh, tertumpah air, terlanggar pelayan restoran atau terhantuk di pintu.

Kedengkelan itu mungkin berpunca daripada ceteknya ilmu di dalam seni memikat. Bukan sahaja aturan mencuri hati perlu ada, etika ketika berdepan si dia juga perlu didalami. Apa kata dimulakan dengan menarik nafas panjang dan bertenang. Menggelabah tidak menentu hanya memalukan diri sendiri. Bertenang! Bertenang! Dan, bertenang!

Sebelum memulakan langkah, pastikan pula si dia mahu didekat itu benar-benar pilihan hati. Memilih calon kekasih bukan sekadar melihat luaran sahaja. Apabila teman-teman memperkatakan kejelitaan atau kekacakannya, kamu pun ikut tergoda dan memasang angan mahu mendahului teman-teman lain. Mahu lagak juara kerana ego tinggi. Takut ketinggalan kononnya.



1. Pelawa makan malam tapi bukan mendesak

Apabila sudah pasti si dialah pujaan hati, hendak lah dengan jujurnya kamu berdepan dan mengundangnya makan malam. Sekiranya si dia menolak pelawaanmu jangan ditonjolkan sifat mendesak. Terima sahaja sebaik-baiknya dengan positifkan diri. Jangan kelihatan memaksa, sebaliknya tunggu tiba masa sesuai dan pelawaan keduamu pasti diterima kelak.

Lokasi temu janji perlu lah mengikut kemampuan. Mungkin bukan ke restoran eksklusif tetapi asasnya tetap sama. Usah memaksa diri menjadi orang lain semata-mata mahu memberi impresi kepada pasangan. Si dia pastinya mahu melihat kamu sebenar. Menipu diri juga bukan etika terbaik di dalam resipi memikat.

Tidak salah meminjam etika memikat golongan remaja---merancang menonton wayang dahulu sebelum mencari tempat duduk untuk makan dan berbual-bual. Bagi kamu yang sudah separuh abad, hanya makan malam sudah memadai. Tetapi Ikut keselesaan kamu dan si dia juga. Tidak salah meminta pendapatnya kerana keselesaan bersama lebih penting. Selain duduk berhadapan di meja, menikmati sajian enak, ini lah masanya berbual-bual untuk mengenali hati budi lebih jauh. Pastinya kamu mahu mengintai sejauh mana ada keserasian.


2. Jemput teman kamu.

Kiranya kamu lelaki, wajib buat diri kamu menjemput si dia untuk makan malam pertama. Seandainya kamu wanita yang mengorak langkah pertama, lihat kepada budi bicara temanmu itu. Sekiranya dia mempelawa diri, apa salahnya kembali kepada asas. Tetapi jika kamu wanita yang berdikari, tidak salahnya juga kamu yang memandu si dia ke tempat istimewa.

Benar lelaki yang biasanya memulakan perkenalan, tetapi zaman berlalu pantas dan tiada jeliknya jika wanita mahu mendahului lelaki. Jangan pula masing-masing membawa kenderaan sendiri dan bertemu di lokasi temu janji. Itu sudah memberi isyarat, temu janji kalian hanyalah tidak lebih sebagai sahabat. Jangan lah rosakkan peluang yang ada.


3. Bawa ke restoran mampu di bayar

Sudah dikata, ikut kemampuan kamu agar tidak memalukan diri sendiri. Sila bawa teman temu janji kamu ke restoran yang mampu di bayar. Jangan sampai kamu hanya memesan sajian pemanis mulut sahaja kerana takut terlebih belanja. Berterus terang sahaja mengenai tahap kemampuan mu. Kan lebih romantis begitu. Sudah semestinya si dia memahami. Jangan pula letak syarat had harga yang boleh dan tidak boleh di pesan. Memalukan!

Andai kata tahap kemampuanmu menjadi benteng kegagalan, setidak-tidaknya kamu tahu si dia bukan pasangan terbaik buat kamu. Mencari teman semestinya pasangan yang mampu menerima kamu seadanya. Nah, sekarang kamu sudah kenal yang mana satu intan dan permata. Tidak rugi pun kerana hidup bersama pisau cukur atau kaki spedo hanya menambah derita sahaja. Teruskan pencarian yang lain!



4. Tarik kerusi kala duduk

Memang perlakuan wajib buat lelaki walaupun temu janji diatur si gadis. Terutama kalau sang lelaki sedang memikat. Atau memangnya kamu dididik sejak kecil etika menghargai kaum wanita. Budaya barat sudah terbiasa dengan perlakuan menarik kerusi kala hendak duduk.

Mungkin masyarakat kita masih asing dengan etika itu---Masing-masing menarik kerusi dan duduk sendiri. Kalau begitu masing-masing bayar sendiri lah.


5. Biar wanita pesan makanan dulu

Setelah duduk dengan selesa, seperti biasa pelayan akan beri kamu menu dan meninggalkan meja seketika. Peranan lelaki kala ini memastikan diri mengusai meja. Segera mengenal sajian pilihan kamu dan ringan mulut bertanya pasangan kamu. Tidak salahnya kamu membuat saranan sekiranya si dia masih belum pasti dengan seleranya. Itu pentanda baik, entah-entah cemas berdepan dengan kamu. Peluang baik, atau, jangan perasan!

Kamu sebagai lelaki juga wajib memangil pelayan jika pasangan sudah bersedia untuk membuat pesanan. Juga pastikan kamu membiarkan wanita memesan makanan dahulu. Kan lebih tertib begitu. Jangan tunjuk sangat kegelojohanmu. Tiada salahnya menonjolkan sifat kelelakian. Orang putih kata, be gentleman.



6. Jangan letak telefon bimbit atas meja

Sungguh kurang sopan sekiranya kamu meletakkan telefon bimbit di atas meja makan. Tahu lah jenama telefon bimbit kamu tu lebih mahal. Blackberry pula’ tu. Bukan apa, takut disalah ertikan oleh pasangan mahu menunjuk-nunjuk pula. Pembayang di situ jelas, urusan kerja lebih penting.

Kalau berpasangan dengan kamu pasti merana. Kamu jatuh nombor dua selepas telefon bimbitnya.

Lebih-lebih lagi jika di malam temu janji pertama. Elakkan penggunaan telefon bimbit. Sekiranya berdering, tunjukkan kamu hanya memandang dan menutupnya. Adalah lebih baik kamu senyapkan telefon bimbitmu awal-awal. Sekiranya memang kebetulan kamu menunggu panggilan penting, sebaik-baiknya minta diri ke toilet. Di situ kamu uruskan segera panggila perlu di jawab atau SMS perlu di balas.



7. Elak pandang perempuan atau lelaki lain penuh minat

Di depan mata dia pula kamu mengerling orang lain dengan penuh kagum. Aduh! Pastikan jaga pandangan kamu. Pelihara riak wajah juga agar tidak jelas kelihatan kamu sedang melirik orang lain dengan riak tertarik. Melainkan memang kamu sengaja kerana sudah bosan. Sengaja hendak hilangkan minat si dia terhadapmu. Isk, tak baik!

Bertahan lah untuk satu malam. Jika dia ternyata bukan yang dicari-cari, jangan keluar dengannya di lain hari. Tetapi akhiri temu janji kamu berdua sebaik-baiknya. Tidak perlu menunjuk muka tidak suka atau memandang orang lain. Itu hanya mengundang kemarahan orang. Hari ini hari dia, mana tahu terjadi kepada kamu pula lain kali. Hukum karma siapa tahu.



8. Topik perbualan

Biar lah perkara-perkara kamu tahu, bukan serba tahu. Tidak perlu ada unsur-unsur berlagak bila bercakap. Kamu hanya mengundang rasa tidak selesa kepada pasangan. Jadi lah diri sendiri dan bukannya orang lain yang mendabik dada. Berbohong juga mampu dikesan. Termasuk turut bicara tidak ikhlas. Terkadang manusia punya rasa yang mampu mengungkai rahsia di sebalik bicara. Awas!



9. Bayar bil tetap tanggung jawab lelaki

Kiranya wanita cuba-cuba mengeluarkan beg duit, lelaki perlu lekas-lekas menghalang dan mengeluarkan wang. Jangan nampak si dia keluar wang, tiba-tiba wallet tersangkut di poket seluar mu. Dasar tak tahu malu. Melainkan pada temu janji ke tiga atau ke empat, boleh lah diterima akal jika si gadis menuntut gilirannya pula mahu belanja. Jangan malukan kaum!

Ada juga kejadian bayar separuh-separuh. Apa pun alasan, jika berlaku pada temu janji pertama, sememangnya tak dapat dimaafkan. Seboleh-bolehnya lelaki perlu menunjukkan tanggung jawab mereka sebagai lelaki yang berkuasa. Tonjolkan kelelakian dan elak dikatakan kaki spedo.

Maruah diri perlu dijaga wahai lelaki. Tidak kiralah kalau kamu lebih muda daripada pasangan. Lelaki tetap ketua rumahtangga bukan?



10. Isyarat temu janji selanjutnya

Sendiri mahu ingat! Sendiri boleh rasa apakah temu janji pertama kamu berhasil atau sebaliknya. Jika kamu seorang yang beretika, semestinya kemenangan berpihak kepadamu. Ingat, temu janji pertama adalah imejan diri kamu. Jika pasangan kamu positif untuk temu janji seterusnya, maka kamu lulus.

Benar! 10 perkara di atas adalah subjek biasa di dalam etika memikat tatapi kadang-kadang semudah itu dipandang enteng oleh semua. Cuba fikir sejauh mana etika memikat kamu berjaya melepasi 10 subjek di atas. Selamat memikat!



You May Also Like

0 comments

Google+ Followers