Petua untuk mengetahui madu ASLI
Terdapat beberapa cara untuk kita pastikan madu yang dijual tu asli ke tak ..
1. madu tu klu di bakar dgn api dia akan menyala.. klu tiruan dia tak makan dek api.. (bubuh madu dlm sudu pastu ambik lighter bakar betul2 kat madu tu)
2. madu klu asli semut tak kan hurung.. klu ada semut banyak tanda nyer itu madu yg dicampur dgn gula..
3. madu yg asli klu letak dlm peti ais dia tak kan beku..
4. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.
(Mendapan akan ada jika madu sudah dicampur gula, dan gula ini akan mendap setelah
beberapa lama.)
5. Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air
(tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan
air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
6. Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur
yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang
mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.
7. Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!
2 comments