Petua merahkan bibir yang hitam
Kenapa bibir hitam nie?
Di antara punca utama Bibir hitam diakibatkan kerana menjadi perokok aktif dan kurang vitamin yang secukupnya. Selain itu juga, disebabkan cuaca yang tidak menentu, terlalu panas.
Seperti halnya kulit di sekujur tubuh, keindahan bibir juga dipengaruhi oleh hormon estrogen, iaitu hormon yang dapat membantu proses perbaikan dan penggantian kulit (regenerasi). Semakin bertambah usia, apalagi jika sudah memasuki usia menopause, kadar estrogen menurun mendadak sehingga proses regenerasi lemah bahkan lama-kelamaan akan terhenti sama sekali. Tanpa regenerasi, maka kulit tidak akan melindungi dan melembabkan sendiri, sehingga berangsur-ansur mengerut dan mengendur. Pada saat itulah bibir akan tampak kering dan hitam.
Ok kita terus kepada petua untuk memerahkan bibir yang hitam untuk menjadi merah.
Petua1.
Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu dibahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur. Insyallah ia berkesan.
Petua 2.
Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian kita bilaskan dengan air. Kalau nak biarkan pun boleh juga.
Petua 3
Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda. Dah lepas tuh jangan makan apa-apa ketika masa ini, kalau tak kesannya kureng lah kan.
Petua 4.
Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.
Petua 5.
Hampir sama seperti petua ke4 , cuma kunyit dikupas kulitnya, basuh kasi bersih kemudian parut/tumbuk, campurkan dengan santan kelapa pekat, sapukan ke bibir, biarkan seberapa lama, lakukan setiap hari dirumah. Kemudian hasilnya bibir akan nampak merah dan sedikit jingga.
Peringatan.
- Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran .
- Jika anda merokok, lagi bagus berhenti.
- (Wanita) Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Dan jangan terlalu lama lipstik berada di bibir.
- Lipstik jangan sampai dibawa tidur, sebolehnya dibersihkan dengan baik. Ini penting untuk mensterilkan bibir dari bahan kimia lipstik.
- Jangan sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir kering.
- Gunakan pelembab bibir yang mengandung tabir surya untuk siang hari. Untuk menjaga kelembapannya, alirkan pelembab bibir tanpa warna sebelum tidur malam.
- Sebolehnya pakai lip balm setiap hari.
2 comments