Fiza's Suppliment and Vitamin Online Shop

Home         Sijil Halal         Produk         Set Shaklee         Testimoni         Personal Blog         Contact        


Terdapat beberapa cara untuk kita pastikan madu yang dijual tu asli ke tak ..


1. madu tu klu di bakar dgn api dia akan menyala.. klu tiruan dia tak makan dek api.. (bubuh madu dlm sudu pastu ambik lighter bakar betul2 kat madu tu)

2. madu klu asli semut tak kan hurung.. klu ada semut banyak tanda nyer itu madu yg dicampur dgn gula..

3. madu yg asli klu letak dlm peti ais dia tak kan beku..

4. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.
(Mendapan akan ada jika madu sudah dicampur gula, dan gula ini akan mendap setelah
beberapa lama.)

5. Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air
(tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan
air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).

6. Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur
yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang
mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.

7. Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
 
 
Bibir yang merah memberi satu penampilan yang berkeyakinan dan menyerikan suasana bekerja, persekitaran baik lelaki mahupun perempuan, ataupun untuk kebahagian hubungan suami isteri.

Kenapa bibir hitam nie?

Di antara punca utama Bibir hitam diakibatkan kerana menjadi perokok aktif dan kurang vitamin yang secukupnya.  Selain itu juga, disebabkan cuaca yang tidak menentu, terlalu panas.

Seperti halnya kulit di sekujur tubuh, keindahan bibir juga dipengaruhi oleh hormon estrogen, iaitu hormon yang dapat membantu proses perbaikan dan penggantian kulit (regenerasi). Semakin bertambah usia, apalagi jika sudah memasuki usia menopause, kadar estrogen menurun mendadak sehingga proses regenerasi lemah bahkan lama-kelamaan akan terhenti sama sekali. Tanpa regenerasi, maka kulit tidak akan melindungi dan melembabkan sendiri, sehingga berangsur-ansur mengerut dan mengendur. Pada saat itulah bibir akan tampak kering dan hitam.

Ok kita terus kepada petua untuk memerahkan bibir yang hitam untuk menjadi merah.

Petua1.

Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu dibahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur. Insyallah ia berkesan.

Petua 2.

Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian kita bilaskan dengan air. Kalau nak biarkan pun boleh juga.

Petua 3

Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda. Dah lepas tuh jangan makan apa-apa ketika masa ini, kalau tak kesannya kureng lah kan.

Petua 4.

Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

Petua 5.

Hampir sama seperti petua ke4 , cuma kunyit dikupas kulitnya, basuh kasi bersih kemudian parut/tumbuk, campurkan dengan santan kelapa pekat, sapukan ke bibir, biarkan seberapa lama, lakukan setiap hari dirumah. Kemudian hasilnya bibir akan nampak merah dan sedikit jingga.

Peringatan.
  • Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran .
  • Jika anda merokok, lagi bagus berhenti.
  • (Wanita) Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Dan jangan terlalu lama lipstik berada di bibir.
  • Lipstik jangan sampai dibawa tidur, sebolehnya dibersihkan dengan baik. Ini penting untuk mensterilkan bibir dari bahan kimia lipstik.
  • Jangan sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir kering.
  • Gunakan pelembab bibir yang mengandung tabir surya untuk siang hari. Untuk menjaga kelembapannya, alirkan pelembab bibir tanpa warna sebelum tidur malam.
  • Sebolehnya pakai lip balm setiap hari.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Memiliki kulit yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Apabila ketawa atau malu, serta-merta pipinya bertukar kemerah- merahan sekalipun tidak mengenakan pemerah pipi.

Beruntunglah wanita yang memiliki kulit wajah cantik tanpa cela mahupun masalah. Tanpa perlu bersolek tebal, kejelitaan semula jadi terserlah hinggakan ramai menyangka dia lebih muda daripada usia sebenar.

Namun, tidak ramai di kalangan kita memiliki kulit sihat dan cantik. Meneruskan gaya hidup kurang sihat dan tidak tahu cara betul dalam penjagaan kulit wajah dan tubuh menyebabkan impian memiliki kulit cantik dan melambatkan proses penuaan cuma tinggal angan-angan.

Jika wajah anda lebih muda daripada usia sebenar, ia dianggap bonus. Andai wajah bersesuaian dengan usia, ia masih boleh diterima tetapi sungguh mengecewakan apabila orang mengandaikan usia anda lebih tua disebabkan wajah yang cepat dimamah usia.

Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit berminyak yang mudah mengundang jerawat. Kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu bukan saja mencacatkan wajah, malah menimbulkan parut yang lambat pudar hingga terpaksa ditutup dengan solekan tebal.

Bagi mereka yang memiliki kulit kering, masalah lain pula timbul. Walaupun tiada masalah jerawat atau tona kulit tidak sekata, kulit kering mudah kusam, berkedut atau jeragat jika tidak dijaga dengan baik.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu, berkata penting untuk kita mengetahui beberapa perkara yang menjadi asas dalam usaha memastikan kulit sihat dan cantik serta melengahkan proses penuaan.

Menurutnya, kulit berminyak akibat pengeluaran sebum secara berlebihan yang menjadi punca jerawat. Jerawat masalah biasa dialami, terutama di kalangan remaja yang akhir baligh, akibat perubahan hormon tubuh.

“Kulit wajah umpama belon. Ketika usia muda, ia dipenuhi udara. Apabila usia semakin tua, kulit umpama belon yang tiada angin, kendur atau hilang ketegangan.

“Ramai wanita prihatin dengan penjagaan kulit wajah dan tubuh. Jika boleh, mereka mahu kelihatan awet muda dan berusaha melambatkan proses penuaan,” katanya.

Ini berbeza dengan golongan remaja yang kurang mengambil berat penjagaan diri, kecuali dinasihatkan ibu bapa supaya berbuat demikian.

Namun, mereka mula mengambil berat penjagaan kebersihan diri dan wajah apabila mula berkawan dengan berlainan jantina.

“Mereka mahu kelihatan menarik dan meminta pandangan ibu bapa atau doktor mengenai apa patut dilakukan untuk penjagaan diri dan wajah. Bagi menjaga kesihatan kulit tubuh dan wajah, kita perlu selalu membersihkan diri dan wajah,” katanya.

Dr Guru berkata, di negara bercuaca panas seperti Malaysia, tabiat mencuci muka perlu diamalkan bagi mengatasi masalah kulit berminyak.

Dalam membantu menjaga dan mengekalkan kulit sihat, krim pelindung matahari perlu disapu pada wajah bagi mengelak ia menjadi gelap dan kusam apabila terdedah secara langsung dengan sinaran matahari.

“Krim pelindung matahari SPF 50 sesuai digunakan untuk mereka yang sering berada di luar, misalnya bersukan, makan angin atau ketika di tepi pantai, manakala SPF 30 untuk mereka yang bekerja di dalam pejabat. Sesetengah krim pelindung matahari mempunyai minyak mineral yang membuatkan masalah jerawat bertambah buruk.

“Mereka yang mengalami masalah jerawat dinasihatkan tidak menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan minyak mineral.

“Ketika membeli produk di kedai barangan penjagaan diri, cari krim pelindung matahari yang tertulis ‘noncomedogenic’ iaitu istilah digunakan untuk krim atau losyen yang tidak menyekat liang roma,” katanya.

Penuaan intrinsik ialah kesan penuaan kulit dipengaruhi faktor dalaman fisiologi atau perubahan mengikut usia manakala penuaan ekstrinsik adalah proses kemerosotan disebabkan faktor luaran seperti radiasi, pendedahan cahaya matahari dan bahan kimia.

“Untuk mengetahui kesan penuaan intrinsik, perhatikan bawah lengan kita kerana kulit berkenaan biasanya cerah, licin dan lembut berbanding pada belakang tangan yang kering dan berkedut kerana terdedah kepada cahaya matahari.

“Petani lebih mudah mengalami kesan penuaan ekstrinsik melalui pendedahan cahaya matahari, menyebabkan kulit mereka kering dan berkedut.

“Pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari banyak menyebabkan perubahan pada wajah, sebab itu kebanyakan petani memakai topi lebar dan baju lengan panjang.

“Di Australia, kejadian kanser kulit tinggi kerana mereka gemar berjemur di bawah sinaran matahari bagi mendapatkan kulit lebih gelap,” katanya.

Katanya, orang Asia nampak lebih muda daripada orang putih (Caucasus). Tabiat mat salih yang suka terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan kerosakan kulit.

“Tambahan pula, jumlah melanin orang Asia yang lebih banyak menjadikan kulit lebih gelap berbanding orang putih, menyebabkan kita lebih tahan cahaya matahari.

“Untuk mengekalkan kulit cantik dan meremajakan kulit dari dalam, amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan lebihkan buah-buahan. Kekalkan kecergasan tubuh dengan bersenam dan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

“Orang Asia banyak mengambil makanan mengandungi karbohidrat, makanan menggemukkan dan berminyak. Ia tidak bagus untuk kesihatan dan jika mahu kekal sihat dan nampak muda, gaya hidup dan pemakanan perlu diubah.

“Elakkan stres, bersenam setiap hari dan tidur enam hingga lapan jam sehari. Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dapat mengurangkan masalah sakit jantung.

“Ketika tidur malam, sapu pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan kulit.

“Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat, membantu anda mencapai impian memiliki tubuh sihat dan bertenaga. Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda,” katanya.

Menurutnya, pengambilan minuman beralkohol dan merokok perlu dielakkan kerana tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Bagi yang tidak merokok (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.

“Indeks jisim tubuh (BMI) perlu dikekalkan pada tahap ideal. Sebilangan kita suka makan banyak walaupun sudah kenyang, terutama ketika berjamu secara bufet. Ini menyebabkan faktor berat badan berlebihan. Sebaik- baiknya kita makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang,” katanya.


Untuk memiliki kulit cantik, amalkan makan buah- buahan. Anda juga boleh membuat sendiri jus buah, tetapi elakkan menambah gula. Perkara ini juga perlu dilakukan jika memesan jus buah ketika makan luar.

Rawatan muka di salun boleh membuatkan kita berasa lebih selesa, malah orang yang sentiasa gembira nampak lebih muda kerana kegembiraan yang terpancar di wajah antara rahsia awet muda. Ini berlainan dengan orang yang selalu stres yang kelihatan cepat tua.

“Semua orang berdepan stres, cuma kita perlu tahu bagaimana mahu menguruskannya supaya tidak mengganggu kehidupan dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, kini ramai lelaki mementingkan penjagaan diri dan wajah supaya tampil lebih menarik. Pertambahan usia meningkatkan kesedaran seseorang untuk menjaga penampilan diri, ditambah dengan pendapatan yang meningkat, membolehkan ia digunakan untuk memanjakan diri iaitu dengan penjagaan kulit.

Melasma atau bintik perang pada wajah biasa dialami mereka yang berusia 30 tahun ke atas. Ia perkara lazim berlaku di kalangan wanita Asia dan susah dirawat.

Antara faktor menyebabkan melasma ialah pendedahan kepada cahaya matahari, disebabkan pertambahan jeragat, pengambilan pil perancang dan perubahan hormon.

Rawatan laser atau penggunaan krim membantu mengatasi masalah bintik perang pada wajah tetapi masalah itu akan berulang jika kulit wajah tidak dijaga dengan baik dan tiada perlindungan daripada sinaran terik matahari.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tip kaca mata hitam

# Periksa labelnya. - Kaca mata hitam yang baik bertanda menyerap 99 sehingga 100 peratus sinar UV, terutama UVB. Lapisan penahan sinar UV boleh didapati pada semua jenis lensa dan warna. Frekuensi cahaya yang pada keadaan tertentu membuat pemandangan menjadi kabur. Kebanyakan jenama tampil dengan rekaan dan pilihan warna kaca mata hitam yang mampu melindungi mata daripada masalah berkenaan.

# Selesa apabila dipakai. - Ada kaca mata hitam yang menyebabkan rasa sakit pada sisi wajah dan juga hidung.

# Tentukan tujuan membeli kaca mata hitam. - Jika untuk beriadah atau bersukan ada kaca mata hitam yang disediakan khusus bagi pengguna yang aktif.

# Elak beli jenama tiruan. - Kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami barah mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen. Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang.

INFO: Penyesuaian bentuk muka

# Bentuk muka terbahagi kepada lima iaitu bujur sirih, panjang, bulat, empat segi dan berbentuk hati.

# Mereka yang memiliki bentuk muka bujur sirih amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.

# Muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Ini bererti, bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu.

# Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.

# Untuk wajah berbentuk empat segi, pilihan bingkai sesuai ialah berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.

# Bingkai berbentuk bulat dan bujur sirih sesuai sekali untuk wajah empat segi.

# Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



10. CUTE SHORT HAIRSTYLE



09. LONG WAVY HAIRSTYLE




08. SHOLDER LENGTH HAIRSTYLE


07. SHORT UP DO HAIRSTYLE WITH BLONDE STREAK



06. SUPER LONG STRAIGHT HAIRSTYLE



05. WIERD BOB CUT HAIRSTYLE



04. WIERD CURLY UP DO HAIRSTYLE



03. LONG STRAIGHT CUT HAIRSTYLE



02. GOES BLACK HAIRSTYLE



01. MOHAWK HAIRSTYLE

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Ji eun (Secret)


WATAK-WATAK seperti Superman, Green Lantern, Batman, Wonder Woman , Hawk Girl dan The Joker sememangnya digilai ramai.

Inspirasi watak hero ini menjadi trend fesyen yang semakin popular. Tidak ketinggalan, gaya selebriti Korea dan adaptasi majalah Manga dari Jepun.

Watak-watak mereka 'dijelmakan' hidup menerusi cerita-cerita animasi dan 'live-action' melalui komik, wayang gambar, siri televisyen dan sebagainya yang memikat peminat.

Sehinggakan ada kalangan peminat watak-watak ini menjadi ikon fesyen antarabangsa.

Tidak ketinggalan, fesyen rambut terbaru turut mengambil super hero sebagai ilham dandanan terbaru.

Selain watak super hero, gaya artis antarabangsa seperti Lady Gaga, Justin Bieber, selebriti K-Pop dan gaya tahun 1920-an dijangka terus popular sepanjang 2012 ini.

Antarabangsa

Baru-baru ini, L'Oreal Professionnel dengan kerjasama pereka fesyen dan pendandan rambut antarabangsa, Charlie Le Mindu muncul buat kali pertama di Minggu Fesyen Paris dengan pelbagai konsep rambut super hero, gaya Lady Gaga dan retro.

Meminati gaya rambut berombak, beralun dan sanggul, Charlie menggunakan produk L'Oreal Professionnel iaitu Bad Mud dan Super Dust untuk mencipta gaya rambut daripada watak super hero seperti Catwoman dan Wonderwoman. Hasilnya, penampilan wanita lebih moden dan seksi.

Justeru, anda tidak perlu takut menukar gaya rambut kerana anda boleh menyerlahkan personaliti anda.

Musim ini turut menonjolkan kewanitaan dan romantik menerusi bentuk dandanan rambut yang diserlahkan dengan warna gelap wain merah, biru, tembaga dan coklat gelap. Rambut pula dibiarkan panjang dan berlapis serta ikal beralun.



Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Share
Tweet
Pin
Share
No comments







































Share
Tweet
Pin
Share
No comments










Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Khasiat Air Mani untuk Wanita
Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?

Khasiat lain sperma untuk wanita:

* Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
* Mengurangkan jerawat.
* Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Edah dan Air Mani
Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.

Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dapat dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud.
Apa yang nak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.

1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.

2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian

3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.

4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.

5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?

” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya IA menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya IA mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Tetikus ni dibuat oleh Pat Says Now, pengilang dari Swiss. Disaluti emas putih 18 karat, dan 59 butir berlian, menjadikan ia sebagai tetikus paling mahal di dunia. USD 24,300 ataupun RM 80,000 ++.


sumber : Fabstuff
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kereta Mewah Aaron Aziz Dan Zizan yang mantap!! Memang gempak dua selebriti popular Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak ini. Masing-masing mempunyai kereta mewah idaman mereka. Zizan memiliki kereta Mitsubishi Evolution 10 Versi M7 dan Aaron Aziz pula M7 JAPAN GTR R600, M7 Dragon Edition.



Untunglah jadi selebriti yang popular macam mereka ni, duit banyak kacak pula tu. Sebelum ini kami pernah kongsikan gambar kereta Zizan [KERETA BARU ZIZAN MITSUBISHI EVO 10], kali ini kami kongsikan pula beberapa gambar Zizan Raja Lawak dengan Aaron Aziz bersama kereta mereka.









Apa perasaan anda setelah melihat Kereta Mewah Aaron Aziz Dan Zizan Raja Lawak tu? Kami tumpang gembira buat meraka berdua dan berharap Aaron Aziz dan Zizan akan terus berkarya.

via forblogger.net
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
  1. Jika ada lelaki yang merenung tajam matanya,dia akan mudah cair
  2. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik atau lukisan
  3. Sebuah senyuman memberi 1000 erti kepada wanita
  4. Satu ucapan ‘hai’ saja sudah cukup membuat hatinya gembira
  5. Semua wanita menginginkan laki yang mencintainya sepenuh hati
  6. Senjata wanita adalah airmata!!
  7. Wanita mudah jatuh hati terhadap lelaki yang sentiasa mengambil berat terhadapnya
  8. Jangan sekali meneka apa yang dirasainya
  9. Jika kamu menyintai seorang wanita,mulailah dengan persahabatan
  10. Jika dia memberi 1001 alasan untuk keluar denganmu,tinggalkan saja sebab dia tidak menginginkanmu
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tidur seharusnya menjadi waktu yang damai dan tenang. Tapi bagi sebahagian orang yang mengalami gangguan tidur, tidur boleh menjadi hal yang paling menakutkan. Apakah gangguan tidur yang menakutkan? Berikut ini 10 gangguan tidur yang dianggap menakutkan bagi penderitanya.


1. Gangguan Mimpi Buruk

Orang dengan gangguan mimpi buruk sering terbangun dengan peluh dingin dan ingatan buruk dalam mimpi yang mengerikan. Hal ini juga akan mengganggu kualiti hidupnya. Ini kerana sebahagian daripada mereka mungkin takut untuk tidur.

Stres dan kurang tidur adalah faktor utama mimpi buruk. Menurut American Sleep Association (ASA) beberapa ubat juga dapat menyebabkan individu itu mendapat mimpi buruk. Pada kes yang berat, kounseling atau ubat penenang mungkin diperlukan untuk meredakan kecemasan akibat mimpi buruk.
 

2. Tidur Sambil Berjalan (Sleepwalking)

Sekitar 15 peratus orang dewasa kadang-kadang terbangun dan berjalan tanpa sedar di sekitar rumah masih dalam keadaan tidur. Pada usia kanak-kanak, jumlahnya bahkan lebih tinggi.

Sleepwalking diakibatkan oleh stres, tidur tidak lena, dan faktor genetik. Orang yang tidur sambil berjalan dapat melakukan apa saja. Mereka mengetahui arah, dapat mengalihkan perabot atau membuka pintu tanpa mereka sedari.
 

3. Teror Malam

Berteriak, meronta-ronta, panik, dan mundar-mandir adalah gejala orang yang mengalami teror malam. Tidak seperti mimpi buruk yang terjadi selama tidur, teror malam terjadi biasanya terjadi pada awal malam. Hal ini biasanya terjadi pada kanak-kanak. Orang yang mengalami teror malam tiba-tiba akan duduk tegak, mata terbuka, meskipun sebenarnya mereka sebenarnya tidak melakukan pandangan.

Penyebab terror malam masih belum diketahui. Tapi faktor demam, tidur tidak teratur dan stres dapat menyebabkan teror malam. Menurutnya ASA, teror malam akan berkurangan seiring usia.
 

4. Halusinasi Mengantuk

Kita biasa melihat hal-hal aneh dalam mimpi. Tapi bagaimana jika kita melihatnya saat sedang tidak bermimpi? Ini disebut dengan hypnagogic hallucination yang terjadi selama saat dari bangun tidur. Orang yang mengalami hypnagogic hallucination biasanya mendengar suara-suara atau melihat hal-hal aneh di kamar mereka.
 

5. Sindrom Kepala Meledak (Exploding Head Syndrome)

Sindrom kepala meledak tidak benar-benar meledakkan kepala. Gangguan ini terjadi selama tidur nyenyak, ketika orang tiba-tiba bangun dengan terkejut oleh suara keras dan tajam.

Tidak ada rasa sakit atau bahaya yang terjadi pada sindrom ini. Penyebab pasti sindrom kepala meledak pun belum diketahui, tapi diyakini hal ini terkait dengan penyakit serius.
 

6. Kelumpuhan Tidur (Sleep Paralysis)

Selama tidur, aktiviti dan otot-otot tubuh menjadi tidak bergerak. Ini ialah kelumpuhan sementara, meskipun kadang-kadang kelumpuhan tetap ada bahkan setelah orang terbangun. Inilah yang sering disebut oleh orang Melayu ditindih hantu. Biasanya kelumpuhan tidur diikuti dengan halusinasi. Orang yang mengalami kelumpuhan tidur merasa ditindih dan tercekik.
 

7. Perilaku gangguan REM (Rapid-Eye-Movement)

Gangguan perilaku tidur REM terjadi paling sering pada orang dewasa yang lebih tua, dan dapat merupakan gejala penyakit Parkinson, gangguan neurologis degeneratif.
 

8. Gangguan tidur yang berhubungan dengan makanan

Orang dengan gangguan ini akan makan pada saat malam hari. Biasanya orang yang mengalami ini akan kehilangan sedikit memori di keesokan harinya. Beberapa kes dilaporkan cukup membahayakan, kerana mereka boleh saja menggunakan pisau atau menyalakan lampu.
 

9. Seksomnia

Seksomnia atau atau Sexual Behaviour in Sleep (SBS) adalah kebiasaan seksual yang terjadi ketika seseorang sedang tidur. Seksomnia dapat mengganggu (erangan seksual yang keras), berbahaya (masturbasi merugikan) atau bahkan kriminal (kekerasan seksual atau pemerkosaan).
 

10. Insomnia

Insomnia adalah kesukaran atau ketidakmampuan untuk tidur nyenyak. Hal ini dapat menyebabkan iritasi dan kurangnya tumpuan pada siang hari, dan jangka panjang kurang tidur dapat benar-benar berbahaya. Kurang tidur telah dikaitkan dengan obesiti, tekanan darah tinggi dan serangan jantung, di antara gejala buruk lainnya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Tempe adalah makanan yang dibuat dari fermentasi terhadap kacang soya atau yang menggunakan beberapa jenis kulat Rhizopus, sediaan fermentasi ini secara umum dikenal sebagai "ragi tempe". Tempe kaya akan serat diet, kalsium, vitamin B dan zat besi. Berbagai macam kandungan dalam tempe mempunyai nilai yang baik, seperti antibiotik untuk menyembuhkan jangkitan dan antioksida pencegah penyakit degeneratif.

Tempe berpotensi untuk digunakan melawan radikal bebas, sehingga dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes melitus, kanser, dan lain-lain). Selain itu tempe juga mengandung antibakteria penyebab ceret-beret, penurun kolesterol darah, pencegah penyakit jantung, hipertensi, dan lain-lain.

Komposisi zat tempe baik kadar protein, lemak, dan karbohidratnya tidak banyak berubah dibandingkan dengan kacang soya. Namun, karena adanya enzim pencernaan yang dihasilkan oleh kulat tempe, maka protein, lemak, dan karbohidrat pada tempe menjadi lebih mudah dihadam di dalam tubuh dibandingkan yang terdapat dalam kacang soya. Oleh karena itu, tempe sangat baik untuk diberikan kepada segala peringkat umur sehingga disebut sebagai makanan semua umur.
Beberapa penelitian menunjukkan bahwa zat tempe lebih mudah dicerna, diserap, dan dimanfaatkan tubuh dibandingkan dengan yang ada dalam kacang soya.

Dua kelompok vitamin terdapat pada tempe, yaitu larut air (vitamin B kompleks) dan larut lemak (vitamin A, D, E, dan K). Tempe merupakan sumber vitamin B yang sangat potensi. Jenis vitamin yang terkandung dalam tempe antara lain vitamin B1 (tiamin), B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid nikotinat (niasin), vitamin B6 (piridoksin), dan B12 (sianokobalamin).

Di dalam tempe juga ditemukan suatu zat antioksidan dalam bentuk isoflavon . Seperti halnya vitamin C, E, dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat dibutuhkan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Penuaan dapat dilambatkan bila dalam makanan yang dimakan sehari-hari mengandung antioksidan yang cukup. Kerana tempe merupakan sumber antioksidan yang baik, memakannya dalam jumlah cukup secara teratur dapat mencegah terjadinya proses penuaan ini.

Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Syarikat, menemukan bahwa genestein dan fitoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanker prostat dan payudara.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
WARGA desa terutama pembuat tempe sebenarnya tidak menyedari bahawa tanpa segulung ijazah mereka adalah ahli mikrobiologi. Tempe adalah salah satu produk yang membuktikan kemahiran penduduk kampung dalam bidang ini.

Kita mungkin pernah melihat datuk membeli kacang soya dalam kuantiti besar untuk dibuat tempe. Nenek akan merebus, menjemur dan melenyek kacang soya sebelum digaul bersama ragi.

Campuran berkenaan akan dibungkus dengan daun pisang atau rambai dan diperam semalaman. Hasilnya akan dibawa ke pasar sebagai punca pendapatan keluarga.

Tempe adalah makanan yang dibawa dari Indonesia dan mempunyai khasiat tinggi. Ini diakui USDA Nutrient Database for Standard Reference yang menyenaraikan beberapa nutrien utama tempe. Kandungan protein dan mineral tinggi dalam tempe membantu pertumbuhan dan memperbaiki sel badan yang rosak.

Tanpa disedari kebanyakan khasiat keperluan badan dapat dibekalkan oleh makanan tradisional ini, malah kandungan karbohidratnya juga berfungsi sebagai sumber tenaga.

Malah, tempe juga mempunyai zat dan kebaikan kacang soya walaupun sudah penapaian melalui proses yang membabitkan aktiviti kulat dipanggil Rhizopus oligoporus.

Menurut penyelidik Dominic N Afiteatro, kulat ini akan mengambil nutrien daripada kacang soya sebagai makanan dan mencipta asid untuk melengkapkan proses penapaian. Keseluruhan kacang soya akan disaluti jaringan lembut berwarna putih dipanggil mycelium iaitu pertumbuhan kulat Rhizopus ini.


Mungkin ramai penggemar tempe tidak tahu selama ini makanan kegemaran mereka adalah kacang soya bersalut kulat yang digoreng garing; enak dan berkhasiat.

Bahan antioksida

Dominic menambah, tempe dipercayai mengandungi Vitamin B12 dan bahan antioksida semula jadi yang amat diperlukan badan. Artikel yang diterbitkan Hopkins Technology menyatakan Vitamin B12 adalah larut air dan amat penting untuk pembentukan sel darah merah selain merangsang fungsi sistem saraf serta melancarkan metabolisme lemak dan protein badan.

Bahan antioksida juga perlu terutama bagi mereka yang sering memerah otak seperti pelajar. Menurut Pensyarah Bioteknologi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mazatulikma Mat Zain, otak memerlukan oksigen untuk memproses maklumat. Ada masanya otak menjadi tepu, walaupun dibaca berkali-kali tidak ada sebarang maklumat diperolehi.

Antioksida berfungsi meneutralkan cas negatif dalam badan dan membenarkan oksigen disalurkan ke otak untuk pemprosesan maklumat.

Ragi pula adalah bahan terpenting dalam proses pembuatan tempe. Penyelidikan Saono S dari Bangkok pada 1977 mendapati ragi dibuat daripada hasil mampatan beras hancur atau tepung beras yang dibungkus dalam daun dan disimpan pada suhu bilik (20 hingga 30 darjah Celsius) beberapa hari.

Ketika proses penapaian, mikro organisma ini (kulat) menggunakan gula daripada beras hancur sebelum membebaskan asid. Antara kulat yang terbabit dalam proses ini adalah Rhizopus, Amylomycetes dan Aspergillus. Ragi yang dikeringkan boleh disimpan untuk jangka waktu panjang.

Bagaimanapun, tempe mempunyai tarikh luput dan jangka hayat yang pendek. Menurut pakar diet dari Minnesota, Susan M Kundrat, tempe sesuai disimpan dalam peti sejuk sehingga 10 hari bagi menjamin teksturnya yang mudah rosak.

Katanya, tempe sejuk beku pula mampu bertahan sehingga beberapa bulan. Tambahan pula pembabitan kulat dalam proses pembuatannya menyebabkan potensi tempe menjadi cepat busuk bertambah tinggi.

Faktor persekitaran seperti suhu dan kelembapan memainkan peranan penting bagi memastikan tempe dapat bertahan lama. Seperti keju, kulat pada permukaan tempe tidak membahayakan kesihatan.

Tempe terdiri daripada kalori (204), protein (17 gram), lemak ( 8 gram), karbohidrat (15 gram), kalsium ( 80 miligram), zat besi (2 miligram) dan zink (0.5 miligram).

Secara tidak langsung, pembabitan masyarakat desa dalam penghasilan tempe turut mendapat pengiktirafan dunia. Pelbagai kajian bagi membuktikan khasiatnya dijalankan bukan saja pengkaji tempatan malah saintis seluruh dunia.

Siapa sangka, produk yang dianggap lapuk dan kekampungan oleh segelintir masyarakat kita sebenarnya mendapat perhatian sebagai bahan kajian saintifik. Justeru, berbanggalah dengan barangan keluaran tempatan yang ternyata tinggi khasiatnya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
  1. Hikayat hang tuah
  2. Singapura dilanggar todak
  3. bawang putih bawang merah
  4. batu belah batu bertangkup
  5. si tanggang anak durhaka
  6. Lembing awang pulang ke dayang
  7. hikayat mahsuri
  8. Puteri Gunung Ledang
  9. Hikayat Merong Mahawangsa
  10. Malim Kundang
  11. Pak Pandir
  12. hikayat puteri santubong
  13. hikayat sang kelembai
  14. lela manja
  15. dayang senandung
  16. Pak Kaduk
  17. puteri lindungan bulan..
  18. mahsuri
  19. sang kancil
  20. Hikayat Kedah Tua
  21. Pelayaran Inderaputra
  22. Pengembaraan Amir Hamzah
  23. Hikayat Malim Demang
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments





Pada zaman dahulu ada seorang gadis yang sangat cantik. Ibunya telah meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak. Ibu tirinya itu sangat garang. Begitu juga dengan kedua orang kakak tirinya. Ayahnya pula selalu keluar bandar untuk berdagang.

Setiap hari dia diperintah oleh ibu tiri dan kedua orang kakak tirinya supaya membuat kerja rumah. Cinderella merasa amat sedih mengenangkan nasib yang melanda dirinya. Tiada tempat untuknya mengadu.

Wajahnya yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan tidak sempat hendak mengemaskan dirinya. Sedangkan kedua orang kakak tirinya itu hanya tahu bersolek, berpakaian cantik dan berjalan-jalan. Kerana pakaian dan wajahnya yang sentiasa comot itu, kedua orang kakaknya menggelar dia Cinderella.

Pada suatu hari putera raja telah membuat pengumuman akan mengadakan majlis tari-menari di istana. Semua gadis di dalam negeri itu dijemput menghadiri majlis tersebut. Kedua orang kakak tiri Cinderella yang hodoh itu mengambil keputusan hendak menyertai majlis itu.

Oleh kerana mereka tiada baju yang cantik, ibu tiri mereka mengarahkan Cinderella menjahit baju baru untuk kedua-dua orang kakak tirinya itu. Kedua-dua helai baju kakaknya itu dijahit oleh Cinderella. Setelah baju itu siap, kedua kakaknya saling bertekak mengatakan dia yang paling cantik.

“Aku akan memakai baju baldu berwarna merah dengan manik-manik yang cantik. Aku juga akan memakai rantai mutiara yang berwarna putih. Tentu aku kelihatan cantik.”

“Baju aku lebih cantik dari baju engkau!” kata kakak kirinya yang kedua. “Bajuku dipenuhi dengan labuci dan manik. Rantai leherku zamrud berwarna hijau. Sudah tentu aku lebih cantik daripada kau dan dapat menawan hati putera raja!”. “Kau tak akan dapat berkahwin dengan putera raja,” kata kakak tirinya itu sambil tertawa kepada Cinderella.

Cinderella merasa sedih mendengar kata-kata kakak tirinya itu. Kedua orang kakak tirinya itu tergesa-gesa pergi sambil terus sambil mentertawakan Cinderella. Setelah kedua orang kakak dan ibu tirinya pergi Cinderella duduk sendirian di dapur. Dia menangis mengenang nasibnya yang malang. Tiba-tiba dia terkejut kerana melihat sebutir cahaya berkelip-kelip tidak jauh darinya. Dari cahaya yang semakin membesar itu keluar seorang pari-pari yang cantik.

“Siapakah kau? Dari manakah kau datang?” tanya Cinderella sambil mengesat air matanya.

"Aku adalah pari-pari pengasuh kau,” jawab pari-pari yang cantik itu. “Sekarang beritahu aku adakah kau ingin pergi ke majlis putera raja di istana?”

“Ya, aku sangat ingin pergi ke majlis tu,” jawab Cinderella. Aku ingin bertemu dengan putera raja.”

“Aku boleh tunaikan permintaan kau itu,” jawab pari-pari itu lagi. Tapi ada syarat-syaratnya. Kau harus buat apa yang aku suruh.”

“Baiklah,” jawab Cinderella bersetuju.

“Mula-mula pergi ke kebun dan ambil buah labu yang palihg besar,” kata pari-pari itu. Cinderella terus berlari masuk ke dalam kebun lalu mengambil labu yang paling besar. Dia segera membawa labu itu masuk ke dalam taman. Pari-pari itu menyentuh labu itu dengan tongkat sakti. Tiba-tiba sesuatu yang ajaib pun berlaku. Labu itu menjadi kereta kuda yang cantik dan besar. Didalamnya terdapat kerusi baldu yang cantik, dihiasi langsir yang bewarna keemasan.

Cinderella memandang kereta kuda itu dengan rasa takjub dan kagum.

“Sekarang, bawakan aku enam ekor tikus,” kata pari-pari itu lagi. Cinderella segera masuk ke dapur. Dia mencari dibawah dapur dan dibelakang pintu. Tidak lama kemudian dia pun membawa enam ekor tikus di depan pari-pari itu. Tikus itu telah ditukarkan oleh pari-pari menjadi enam ekor kuda yang akan menarik kereta kuda itu.

“Kita telah memiliki kereta kuda untuk membawa kau ke istana. Sekarang aku perlukan seekor lagi tikus untuk menjadi pengiring dan pembantu kereta kuda.” Cinderella masuk ke dapur untuk mencari seekor lagi tikus. Setelah dia dapat menangkap tikus itu dengan segera diserahkannya tikus itu kepada pari-pari itu.

Kini kereta kuda itu telah lengkap dengan pemandunya yang berpakaian kemas dan cantik. “Sekarang kau boleh pergi ke majlis itu dan menemui putera raja!” kata pari-pari.

“Tapi bagaimana? Aku tidak boleh masuk ke dalam istana. Pakaianku buruk dan compang-camping. Tentu pengawal istana akan menghalau aku keluar.”

Pari-pari itu menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya. Serta-merta bajunya bertukar menjadi cantik. Rambut dan mukanya juga cantik berseri. “Dan inilah pemberian yang terakhir,” kata pari-pari itu lalu menyerahkan sepasang kasut emas yang cantik yang tidak pernah dibayangkan oleh Cinderella selama ini.

Cinderella merasa sangat gembira. Dia lalu memeluk pari-pari itu. Bila dia melangkah masuk ke dalam kereta kuda, pari-pari itu berpesan kepadanya. “Berjanjilah, kau akan pulang sebelum pukul dua belas tengah malam, anakku. Kerana di saat itu semuanya akan kembali kepada asalnya.”

Cinderella berjanji akan pulang sebelum dua belas tengah malam. Kereta itu dengan pantas berlari menuju ke istana. Apabila dia sampai didepan pintu istana, pengawal dengan hormat menyambut ketibaannya. Dia diiringi ke dewan istana. Di situ majlis tarian telah dimulakan. Semua orang yang berada di dewan itu memandang ke arahnya. Mereka sangat hairan melihat seorang gadis yang sangat cantik. Kedua orang kakak tirinya juga kehairanan.

Putera raja datang kepadanya lalu memimpin tangannya. Putera raja mengajaknya menari. Mereka menari sepanjang malam. Putera raja hanya mahu menari dengan Cinderella. Putera itu sangat tertarik dengan Cinderella. Tiada sesiapa di situ kenal padanya dan mereka semuanya merasa hairan dan kagum.

Raja dan permaisuri yang berada di atas singgahsana merasa kagum melihat kecantikan Cinderella. Cinderella pula hampir lupa pada dirinya dan janjinya pada pari-pari itu.

Cinderella terkejut bila menyedari setengah jam lagi menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada putera raja dan meninggalkan istana. Sebaik sahaja dia sampai di rumah jam telah menunjukkan pukul dua belas tengah malam.

Setelah berehat dari kepenatan Cinderella mendapati kedua kakak tirinya pun pulang. Mereka asyik bercerita mengenai puteri yang sangat cantik yang tidak dikenali itu. “Putera raja telah jatuh hati kepadanya,” kata kakak tirinya yang tua. “Putera raja sanggup berbuat apa sahaja untuk mengetahui namanya dan di mana dia tinggal.”

Cinderella tersenyum mendengar kata-kata kedua orang kakak tirinya yang hodoh itu. “Adakah dia benar-benar kelihatan cantik?” tanya Cinderella. “Betapa beruntungnya kakak dapat melihat puteri itu.”

Cinderella tidak berkecil hati kerana dia akan pergi menemui putera itu pada malam esoknya. Pada keesokan harinya kedua orang kakak tirinya sibuk bersiap-siap hendak pergi ke istana. Pari-pari pengasuh Cinderella sampai sebaik sahaja kedua orang kakak tirinya itu pergi ke istana. Dia menggunakan tongkat saktinya lalu menukarkan pakaian Cinderella lebih cantik dari malam pertama.

Putera raja ternyata telah jatuh cinta pada Cinderella. Dia menunggu dan menyambut kedatangan Cinderella di depan pintu istana.

Cinderella hampir lupa pada dirinya kerana terlalu gembira. Dia tidak pernah merasa bahagia seperti itu sebelum ini. Masa berlalu dengan cepat tidak disedarinya waktu sudah pun dua belas tengah malam. Dia terkejut dan segera berlari pulang.

Cinderella takut pakaian cantik akan bertukar menjadi buruk dan kereta kudanya bertukar menjadi tikus kembali. Dia berlari keluar dan mendapati kereta kudanya telah bertukar. Cinderella berlari pulang dengan termengah-mengah.

Putera itu mengejar Cinderella dari belakang. Ketika menuruni tangga, kasut emas Cinderella telah tercabut. Tapi Cinderella tidak menyedarinya. Putera raja mengambil kasut itu. Bila kakak tirinya pulang ke rumah mereka sibuk bercerita. Putera jelita itu telah tertinggal kasut emasnya di istana dan ditemui oleh putera raja.

Pada awal pagi esoknya raja membuat pengumuman. Gadis yang mempunyai kaki yang sesuai dengan saiz kasut emas itu akan dijadikan isteri puteranya. Dia telah memerintahkan pengawalnya membawa kasut itu ke semua rumah di negeri itu untuk dicuba. Tapi tidak seorangpun yang dapat memakainya. Akhirnya pengawal istana itu tiba di rumah Cinderella.

Kedua-dua orang kakak tiri Cinderella sangat gembira hendak mencuba. Bila dia cuba memakai kasut itu dia menjadi marah. “Kenapa tidak muat?” kata kakak tirinya yang pertama. “Kaki aku kelihatan kecil sahaja!” rungutnya.

Biar aku cuba,” kata kakak tirinya yang kedua. Bila kakak tirinya yang kedua memakainya, kasut itu jauh lebih besar hingga dia tidak boleh berjalan.

“Aku yakin kasut itu sesuai dengan aku tapi mengapa ia menjadi lebih besar dari kaki aku!”

“Adakah sesiapa lagi di dalam rumah ini yang hendak mencuba kasut ini?” tanya pengawal istana kepada kedua orang kakak tiri Cinderella. “Memang tidak ada sesiapa lagi,” jawab mereka.

Pengawal iatana itu terpandang Cinderella yang berada di situ. Hatinya berkata gadis itu cantik tapi pakaiannya compang-camping. Dia pun memanggil Cinderella untuk mencuba. Sebaik sahaja kasut itu tersarung dikakinya, ianya amat sesuai sekali membuat kedua orang kakak tirinya terkejut besar.

Disaat itu juga pari-pari muncul dihadapan mereka dengan tersenyum. Dia pun menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya lalu menukar pakaian Cinderella.

Kakak tiri Cinderella merasa marah dan cemburu. Pari-pari itu pun membawa dia ke kereta kuda yang sedia menanti.

Kereta kuda itu pun bergerak pergi menuju ke istana. Putera raja sangat gembira apabila akhirnya gadis kesayangannya ditemui. Keesokan harinya mereka pun berkahwin dan hidup aman damai.

Cinderella tidak pernah melupakan kedua orang kakak tirinya lalu mengajak mereka tinggal bersamanya di istana. Tidak berapa lama kemudian kedua orang kakak tirinya pun berkahwin dengan orang kaya. Mereka tidak lagi sombong dan hodoh. Lama-kelamaan mereka juga kelihatan cantik dan berbudi bahasa.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Carian

Penafian

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Followers

Rahsia Rezeki

Sijil Halal 2014

Sijil Halal 2014

Categories

  • Advance Joint Health Tablet
  • Alfalfa Complex
  • B-Complex
  • Basic H2
  • CarotoMax
  • Chewable Vita C Plus
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Shake Mix Caffe Latte
  • Cinch Shake Mix Chocolate
  • Cinch Shake Mix Vanilla
  • CoQ Health
  • Collagen Powder
  • ESP Shaklee
  • GLA Complex
  • Garlic
  • Herb Lax
  • Lecithin
  • Meal Shakes
  • NutriFeron
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Peppermint-Ginger Plus
  • Performance
  • Vita-C
  • Vita-E Complex
  • Vita-Lea Iron Formula
  • Vivix Shaklee

recent posts

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2014 (42)
    • ►  July (4)
    • ►  June (29)
    • ►  April (9)
  • ►  2013 (50)
    • ►  June (8)
    • ►  May (31)
    • ►  April (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (222)
    • ►  December (2)
    • ►  November (15)
    • ►  October (1)
    • ►  September (12)
    • ►  August (1)
    • ►  July (17)
    • ►  June (49)
    • ►  May (45)
    • ▼  April (25)
      • Petua untuk mengetahui madu ASLI
      • Petua merahkan bibir yang hitam
      • Kepentingan Penjagaan Kulit Elak Penuaan Cepat
      • Panduan memilih kaca mata hitam
      • 10 Gaya Rambut Hitz Rihanna!
      • Gaya rambut super hero
      • Fesyen Rambut
      • 5 Cara Nak Clash Dengan Awek Korang
      • Kenapa Buncit?
      • 5 Nama Syaitan Yang Harus Kita Waspada
      • 15 Anugerah Allah pada Wanita
      • AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH
      • Tetikus paling mahal di dunia
      • Kereta Mewah Aaron Aziz Dan Zizan
      • 10 Fakta Tentang Wanita
      • 10 Gangguan Tidur Yang Menakutkan
      • Lagi pasal Tempe..khasiatnya
      • Tempe oh tempe..
      • Senarai cerita dongeng / hikayat melayu
      • Cinderella
      • "Veni, Vidi, Vici,"
      • Kesilapan di dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa
      • HIKAYAT SI MISKIN
      • HIKAYAT BAYAN BUDIMAN
      • KACANG SOYA DAN KESIHATAN
    • ►  March (7)
    • ►  February (38)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (250)
    • ►  December (19)
    • ►  November (231)

Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee
Open Cbox

Created with by ThemeXpose