Fiza's Suppliment and Vitamin Online Shop

Home         Sijil Halal         Produk         Set Shaklee         Testimoni         Personal Blog         Contact        
Assalamualaikum..
Set Penurunan Darah Tinggi Shaklee

Apakah itu darah tinggi? 

Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita. 

Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat. 

Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat. 

Apakah itu tekanan darah tinggi? 

Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar). 

Tanda dan gejala 

• Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. 

• Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini. 

Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi? 

Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. 
Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan. 

Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%. 

Bagaimanakah tekanan darah diukur? 

Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai: 

• Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid. 

• Peranti elektronik yang disahkan. 

• Peranti tekanan darah ambulatori automatik 

Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah: 

• Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung. 

• Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini. 

• Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil. 

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah. 

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi? 

Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. 

Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya. 

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda. 

dipetik dari sumber


Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum..
Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik mesti bimbang bila tibanya bulan puasa.. jangan risau.. Vitamin shaklee in syaa Allah dapat menanganinya.. PM saya untuk detail.

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum
Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

SUMBER OMEGA 3

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee:

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Vitamin ini dihasilkan daripada satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi sendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Apakah estrak jagung?
Estrak jagung secara semulajadinya kaya dgn glukosamina yg merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yg juga dijumpai dalam tendon dan ligemen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dalam membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Apakah Boswellia?
Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yg berfungsi sebagai anti radang semulajadi.

Apakah yg membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?

Ekstrak Boswellia proprietari yg digunakan di dalam Shaklee Advanced Jointh Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yg berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yg berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yg lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutirisinya dapat menyokong keselesaan sendi yg lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yg lebih tinggi.

Antara kebaikan AJHT ni :
  • menyokong keselesaan sendi
  • membantu mengekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?


Untuk hasil yg terbaik, ambillah mengikut apa yg disarankan iaitu 2 tablet sehari bagi setiap hidangan.

Mengapa ia bebas daripada kondroitin?

Ia tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yg sulfat kondroitin juga boleh menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yg lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.

Menariknya Chewable Vita C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas tetapi turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.

Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama dengan Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? 
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 
Keistimewaan Chewable Vita C
  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas juga
Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:
  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. 
  • Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan
Keperluan Vitamin C dalam badan kita:
  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee. 

Apakah Fungsi Nutriferon?

1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan acrophage.

2. Melawan kanser & tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

3. Melindungi dari influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

4. Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

5. Melambatkan penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit2 hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

7. Mempertingkatkan Menopous - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

8. Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.


Individu yang memerlukan Nutriferon

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan

2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara

3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum

4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti

5. Individu yang diet mereka tidak optimum

6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan

7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

8.bayi yang menyusu susu ibu (ibu yang ambil)

9. Kanak2 bawah 1 tahun-12 tahun boleh ambil mengikut dose yang disarankan (sedikit nutriferon anggaran hujung sudu kecil dan dicampur dengan air)

10. Ibu menyusu boleh ambil, tetapi pregnant mom TAK boleh ambil

11.Memang digalakkan ambil untuk mereka yang ada sakit autoimune (sekumpulan lebih daripada 100 jenis penyakit di mana sistem imun badan menyerang sel baik)

Cadangan Pemakanan: 

Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 paket sehari ( tuang kedalam mulut terus/campur dengan minuman panas/sejuk pada bila2 masa)

Sewaktu rawatan influenza & kanser : 1-3 peket sehari. Lebih apabila diambil bersama vitamin C

PERINGATAN PENTING!!

Para Pengguna dan Pengamal NUTRIFERON Shaklee Ini dinasihatkan supaya meminum air masak/air mineral sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi kesan yang lebih efektif. Hal ini amat dititik beratkan kepada semua terutamanya anak2 yang berusia 1-12 tahun.

Air Mineral yang mencukupi ini juga membantu tubuh bertindak balas dengan baik sepanjang proses penyembuhan (healing Crisis)

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Lecithin Shaklee adalah di ekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO. Lecithin dapat membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan dan kelihatan langsing dengan selamat.Sekarang ini banyak produk yang keluar di media elektronik yang mensasarkan golongan yang mempunyai berat badan berlebihan.Melihat kepada testimoni pelanggan yang di paparkan oleh mereka membuatkan anda ingin mencubanya juga.

Untuk pengetahuan anda,lecithin shaklee adalah produk yang mempunyai kelulusan KKM dan juga sijil halal bagi menjamin keselamatan pelanggan.Tambahan pula,bahan untuk menghasilkannya adalah berasaskan sumber semulajadi yang telah menjalani kajian secara terperinci sebelum dipasarkan untuk pengguna. 

10 Kelebihan Lecithin Shaklee

1. Mengurangkan Sembelit.
Rasa perit ketika membuang air besar di sebabkan sembelit pasti membuatkan kita berharap ia tidak akan terjadi kepada diri kita.Lecithin Shaklee bertindak dengan menjadi pelembut najis agar najis tidak keras bagi memudahkan kita membuang air besar.

2. Membaiki Prostat Bagi Lelaki
Lelaki yang meningkat usia adalah berisiko untuk mendapat penyakit prostat.Masalah terjadi apabila kelenjat prostat menjadi bengkak dan seterusnya menyukarkan untuk kencing.Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mendapat penyakit sama,Berumur 65 tahun ke atas,seorang perokok dan berat badan berlebihan berisiko tinggi mendapat penyakit ini.Pengambilan lecithin pada kuantiti yang banyak dan teratur dapat membaiki mereka yang menghadapi penyakit prostat ini.

3. Vitamin Yang Larut Lemak
Vitamin A,D,E dan K yang merupakan vitamin yang larut lemak mudah diserap oleh badan anda dan memberikan nutrisi yang lengkap secara optimum.

4. Meningkatkan Daya Ingatan
Golongan pelajar sering hilang fokus dan tidak dapat memberikan perhatian penuh ketika belajar.Sudah pasti akan menyebabkan mereka tidak dapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.Lecithin membantu otak berfikir dengan lebih aktif dan seterusnya menguatkan daya ingatan seseorang pelajar.

5. Mengurangkan Stress
Stress boleh menyebabkan kehidupan anda tidak menentu.Anda akan menjadi cepat marah dengan orang sekeliling.

6.Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah menjadi stabil kerana peredaran darah menjadi lancar.

7. Melindungi Hati
Hati juga adalah organ utama dalam sistem percernaan diri kita.Hati dapat mengawal glukosa dalam darah dan juga menyeimbangkan jumlah lemak dalam badan.

8. Mencantikkan Otot Dan Kulit
Sudah pasti anda akan berasa nilai keyakinan dalam diri anda semakin bertambah kerana badan anda bukan sahaja langsing malahan kulit turut menjadi cantik.

9. Mengurangkan Masalah Insomnia
Insomnia boleh menyebabkan anda tidak dapat tidur dengan sempurna.Kesannya anda akan mudah letih kerana badan tidak mendapat rehat dengan secukupnya.

10. Pemecah Lemak
Lemak yang terkumpul di beberapa bahagian badan pasti membuatkan kita tidak dapat memakai pakaian kegemaran kita.Dengan mengambil Lecithin,proses pembakaran lemak adalah lebih cepat dan hasilnya kita akan mendapat tubuh yang lebih langsing.Anda juga di nasihatkan membuat senaman ringan bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum.

Cara Pengambilan Lecithin Shaklee

Setiap botol Lecithin Shaklee mengandungi 180 biji vitamin. Anda disarankan untuk mengambil selepas makan agar lecithin dapat menyerap lemak pada makanan tersebut.Anda boleh mengambil Lecithin Shaklee sebanyak 3 biji selepas makan tengahari dan juga selepas makan malam.

Setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 520mg lecithin soya yang termasuk juga 80mg kolin dan 48mg inositol.


Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Herb Lax Shaklee dapat membersihkan usus yang kotor dan memastikan sistem percernaan menjadi lancar.Ketidakseleseaan pada perut menunjukkan tanda perut anda mempunyai masalah yang perlu di detoxkan. Detox adalah proses penyingkiran toksin dalam badan supaya penyerapan nutrisi dari makanan yang anda makan diserap secara sepenuhnya. 

Kelebihan Herb Lax Shaklee Pada Usus Dan Perut

Mengatasi masalah sembelit iaitu kesukaran membuang air besar kerana najis menjadi keras.Penggunaan Herb Lax dapat melembutkan najis dan tiada kesakitan ketika membuang air besar.

Membersihkan sisa najis yang tidak dikeluarkan sepenuhnya dan melekat di usus.Jika dibiarkan boleh menyebabkan toksin terkumpul dan boleh menyebabkan penyakit terjadi.

Mengempiskan perut dan sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang boroi.

Boleh juga menurunkan berat badan dan sesuai diambil bersama Lecithin.

Herba Semulajadi Herb Lax Shaklee
  • Senna Leaves
  • Buckhorn Park
  • Licorice Root
  • Fennel Seeds
  • Anise Seeds
  • Rhubard Root
  • Blue Malva Flower
  • Culver Root
  • Alfalfa Leaves
Cara Pengambilan Herb Lax Shaklee

Setiap botol mengandungi 120 tablet. Anda akan merasai kesannya dalam 8 hingga 12 jam selepas mengambil herb lax ini.Bagi yang tiada masalah anda boleh mengambilnya sekali seminggu sebanyak 4 biji tablet. Sekiranya mempunyai masalah sembelit yang serius boleh mengambilnya 3 biji sehari.

Produk ini juga tidak disarankan untuk mereka yang menghidap SLE dan ibu yang menyusukan anak kerana boleh menyebabkan bayi cirit birit.

Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan Herb Lax Shaklee supaya kesihatan usus dapat dipelihara.

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Shaklee Cinch energy tea mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih. Bahan-bahannya secara details:
  • Taurina
  • Maltodextrin – bahan daripada jagung
  • Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • Green Tea Extract
  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun
Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:
  • Anti-mikrob
  • Imunostimulan
  • Anticarcinogenic
  • anti-inflammatory
  • perlindungan terhadap penyakit jantung
  • Anti oksidan – perlindungan dari kanser
  • Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
  • Mengawal kerosakan DNA
  • Menurunkan paras kalori dan kolesterol
  • Detoxifiers
  • Stimulator tenaga & kehilangan lemak
Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Vanila, Coklat dan Caffe Latte
Kandungan Chinch Shake Mix Shaklee
1. Setiap hidangan Chinch Shake Mix Shaklee anda akan dapat:
- 24gm protein - beri rasa kenyang dan rasa cukup puas hati
- 24 jenis vitamin dan mineral penting -mengandungi lebih 35% Nilai Harian
- 6gm serat larut
2. Mengandungi LEUCINE - nutrisi penting untuk orang yang ingin kuruskan badan
3. Indeks Glisemik yang rendah - 22, jadi hidangan Chinch sesuai untuk penghidap
kencing manis
4. Dengan campuran ESP - campuran Eksklusif protein dipertingkatkan oleh LEUCINE
5. LEUCINE dalam Chinch Shaklee memelihara otot semasa menurunkan berat badan
6. TAK PERLU RISAU - Chinch Shaklee kawal kandungan gula normal
7. Chinch Shaklee - memberi tenaga kepada orang yang berdiet
8. Soya Bebas GMO
9.  Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis
10. Ada 3 jenis variasi untuk pilihan - Vanila, Coklat dan Caffe Latte


Chinch Shake Mix Shaklee BERKESAN dalam MENURUNKAN BERAT BADAN
1. Formulanya mengekalkan jisim otot tanpa lemak
2. Berat anda turun KERANA kehilangan lemak BUKAN dengan JISIM OTOT sekali
3. DIPERKASA DENGAN LEUCINE*
4. Chinch Shaklee mengawal rasa lapar
5. Memberi tenaga walaupun berdiet (perlu makan tetapi dengan diet menu yang sihat)
6. Menyokong proses metabolsima tubuh
7. Memberi kepuasan kepada pengguna.

*PERANAN Leucine Dalam Proses Menurunkan Berat Badan
Secara ringkasnya LEUCINE dirumus khas dalam Chinch Shake Mix Shaklee untuk membantu kurus dengan MEMECAHKAN KITARAN DIET anda, jadi anda boleh kuruskan badan dengan 3 CARA:
  • MEMELIHARA OTOT-OTOT (jisim otot tak berkurang)
  • BAKAR LEMAK YANG TIDAK DIPERLUKAN OLEH TUBUH
  • BUANG BERAT (LEMAK) YANG ANDA TIDAK PERLUKAN
Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Carotomax mengandungi 6 vareiti karotena diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti oksida seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, apple, kentang, minyak kelapa sawit dan banyak lagi. Pakar pemakanan menasihati setiap individu perlu mengambil 5-9 hidangan syur sayuran dan buah buahan bagi mengekalkan jumlah beta karotina didalam darah seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kulit dan mencegah kanser.

Pengambilan purata karotenoid lutien, likopena dan beta carotina kebanyakan orang adalah hanya 8mg. Carotomax membekalkan lebih 13mg ( 21500iu) karotenoid berfaedah ini.

Manfaat Utama Carotomax
  • Lebih selamat dari vitamin A – Lebihan pengambilan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Beta karotena merupakan sebahagian dari vitamin A dan ia sangat selamat untuk diambil.
  • Meningkatkan daya penglihatan – Ia menghasilkan “unggu visual” yang mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia mengurangkan masalah kesihatan penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, kelesuan mata, glaucoma,katarak, floaters, eye bag dan gegelung hitam di mata.
  • Meredakan penyakit kulit – Pengambilan yang banyak akan melegakan penyakit kilit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering dan gugur, jerawat dan akne.Penggunaan luaran boleh meredakan pustule, scabies (kayap), akne dan ulser kulit.
  • Melindungi Epithelial – Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari, dan merawat ulser saluran usus.
  • Melawan kanser dan oksidasi – Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem immune melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti sel-sel kanser, sekaligus menghalang kanser terutamanya kanser paru-paru dan kanser payudara.
  • Menghalang Infeksi – Meransang enzim membunuh kuman, menyekat penyakit berkaitan paru-paru, batuk, hepatitis,athsma,flu, dan selsema.
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat – Meransang perkembangan kanak-kanak dan remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, memberan mukosa, gigi yang sihat, gusi dan sistem pembiakan serta menghasilkan sperma yang sihat.
Mengapa Carotomax ?

Mengapa sesetengah kulit individu tertentu menjadi kuning? Ia berlaku selepas beberapa ketika mengambil beta carotena. Ini bukanlah juandis, tetapi ia disebabkan oleh carotomax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mebukar beta carotene menjadi vitamin A, ia meransang sekresi hempedu(warna kuning) serta detoksifikasi hati dan gallbladder mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Ia akan berlaku beberapa bualan dan akan hilang perlahan-lahan dan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.

Cadangan Pengambilan

Untuk kesihatan umum : 1 kapsul ( dua kali sehari selepas makan )

Untuk penyakit mata (semasa rawatan ) : 2 kapsul ( dua kali sehari )

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate
Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa

KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9. Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

UNTUK KECEMASAN : KEGUNAAN & CARA

1. Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7. Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Perbezaan Shaklee
  • Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Sekilas Fakta: Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan.

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Multivitamin & Multimineral

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan.

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*
Perbezaan Shaklee dengan produk lain

Wujud sejak tahun 1915
  • Kemajuan Saintifik
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
  • Kualiti yang luar biasa
  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Asid folik sangat-sangat diperlukan oleh bakal-bakal ibu atau bagi isteri yang merancang atau bersedia untuk mengandung. Asid folik ini disarankan diambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung bagi mengelakkan spina bifida dan juga birth defetcs kepada bayi yang bakal dilahirkan. Sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik diperlukan oleh badan si ibu.

Pengambilan B-Complex shaklee sahaja sudah mencukupi kerana ia juga turut lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.  Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf dan kulit yang sihat.

Keperluan Asid Folik adalah sekurang-kurangnya 400mcg sehari. Namun kandungan asid folik didalam B-Complex shaklee hanya 200 mcg sahaja. Bagi melengkapkan pengambilan kandungan ini, para-para ibu disarankan untuk mengambil set untuk ibu mengandung shaklee seperti dibawah :

SET IBU MENGANDUNG / HAMIL SHAKLEE :
  • Vita-Lea Iron Formula (Shaklee MultiVitamin)
  • Shaklee B-Complex
  • Shaklee Vitamin-C
  • Shaklee OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag)
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Di dalam sebiji Vita-Lea Shaklee , turut terdapat 200mcg folic acid.
Maka, jika pengiraan dibuat terhadap kandungan set ini, kiranya adalah seperti dibawah :

200mcg folic acid dari Shaklee B-Complex 
+ 
200mcg folic acid dari Shaklee Vita-Lea
= 
400mcg folic acid.


Perbezaan Vitamin B Complex di pasaran dengan Vitamin B Complex SHAKLEE

Baiklah untuk ibu mengandung pula, kebiasaannya ibu-ibu mengandung diberikan vitamin B-Complex & Asid Folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yang tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :
B1 – Thiamin
B2 – Riboflavin
B3 – Niacin
B5 – Panthothenic Acid
B6 – Pyridoxine
B7 – Biotin
B9 – Folic Acid
B12 – Cyanocobalamin

Vitamin B Complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu :
B1 – Thiamin,
B2 – Riboflavin &
B3 – Niacin.

Apabila si ibu mengambil vitamin B Complex dari Klinik Kerajaan & Asid Folik, mereka masih kurang B5 – Panthothenic Acid, B6 – Pyridoxin, B7 – Biotin & B12 – Cyanocobalamin.

Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Pengambilan B Complex boleh diteruskan sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit ‘meroyan’. Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Carian

Penafian

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Followers

Rahsia Rezeki

Sijil Halal 2014

Sijil Halal 2014

Categories

  • Advance Joint Health Tablet
  • Alfalfa Complex
  • B-Complex
  • Basic H2
  • CarotoMax
  • Chewable Vita C Plus
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Shake Mix Caffe Latte
  • Cinch Shake Mix Chocolate
  • Cinch Shake Mix Vanilla
  • CoQ Health
  • Collagen Powder
  • ESP Shaklee
  • GLA Complex
  • Garlic
  • Herb Lax
  • Lecithin
  • Meal Shakes
  • NutriFeron
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Peppermint-Ginger Plus
  • Performance
  • Vita-C
  • Vita-E Complex
  • Vita-Lea Iron Formula
  • Vivix Shaklee

recent posts

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2014 (42)
    • ►  July (4)
    • ▼  June (29)
      • Menurunkan Darah Tinggi dengan Set Penurunan Darah...
      • Kurangkan Gastrik dengan Set Gastrik Shaklee
      • Menu sahur sempena bulan Ramadhan
      • Omega Guard mencegah salur darah dari tersumbat
      • Advance Joint Health Tablet untuk kesihatan sendi ...
      • Chewable Vita C Plus baik untuk kanak-kanak dan de...
      • NutriFeron mendukung kekebalan/imunisasi tubuh
      • Lecithin merupakan pemecah lemak terbaik
      • Hilangkan perut buncit dengan Herb Lax Shaklee
      • Cinch Energy Tea Mix meningkatkan tenaga
      • Jom diet dengan Cinch Shake Mix Shaklee
      • Membantu masalah penglihatan dengan CarotoMax Shaklee
      • Basic H2 Shaklee pelbagai kegunaan
      • Vita-Lea Iron Formula menyokong kesihatan secara m...
      • B-Complex dengan Asid Folik untuk hamil
      • Alfalfa Complex merawat keputihan di kalangan wanita
      • Collagen Powder untuk kulit lebih menawan
      • Meal Shakes seakan milkshake
      • Vita - C Shaklee untuk Imunisasi badan
      • Vivix untuk kurangkan rasa Ketagihan Merokok
      • Vivix Shaklee untuk mengekalkan keremajaan kulit
      • CoQ Health untuk kesihatan jantung
      • Ostematrix Shaklee untuk tulang yang kuat
      • Peppermint-Ginger Plus membantu proses penghadaman
      • GLA Complex membantu menstabilkan kitaran haid
      • Vitamin E tidak sempurna tanpa Selenium
      • Cantikkan kulit dengan ESP Shaklee
      • Sijil Halal Shaklee 2014
      • Pengedar Sah Shaklee Rawang
    • ►  April (9)
  • ►  2013 (50)
    • ►  June (8)
    • ►  May (31)
    • ►  April (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (222)
    • ►  December (2)
    • ►  November (15)
    • ►  October (1)
    • ►  September (12)
    • ►  August (1)
    • ►  July (17)
    • ►  June (49)
    • ►  May (45)
    • ►  April (25)
    • ►  March (7)
    • ►  February (38)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (250)
    • ►  December (19)
    • ►  November (231)

Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee
Open Cbox

Created with by ThemeXpose