Nak tahu rahsia bentuk gigi?
Jarang dan kecil
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri
orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak
syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau
mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi
kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang
bersalah.
Beralah sajalah!
Bersaiz sederhana dan rata
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak.
Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini?
Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati
dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta
bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa
membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?
Besar dan jarang
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara
satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok
macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu
saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak
berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras
kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas,
mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu
diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus
berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!
Jongang dan kecil
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada
juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud
pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil,
bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras
kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu,
dalam keras ada lembutnya!
Jongang dan besar
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau
ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah
kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka
juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki.
Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan
sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini
agresif orangnya dan ringan tulang!
Tidak tersusun
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum
menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan
kecantikan
yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi
hati
budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai
pun
tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat
memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati
kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga
berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala
merimaskan.
Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain
Seolah masuk ke dalam
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia
menandakan
bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar
diri
mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan
tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga
cukup
pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah
meraih
kepercayaan mereka.
Kecil dan tersusun
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang
kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini
dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai!
Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka
seorang kekasih yang hebat!
0 comments