DEJAVU
Pernahkah kamu mengalami perasaan pernah melakukan kegiatan yang sama sebelum ini? Merasakan sebuah keadaan yang sama perisis sebelumnya? Melihat dan mendengar hal yang sama sebelum itu? Hal ini memang kadang-kadang sangat membingungkan kerana pada saat itu pula kita tidak mampu mengingat, bila dan di mana pernah melakukan kegiatan tersebut. Hal tersebut seolah-olah ada dalam mimpi namun kenapa bisa benar-benar terjadi. Inilah misteri yang biasa disebut orang dengan Dejavu.
Berdasarkan penelitian, 70% manusia di bumi pernah merasakan déjà vu. Jadi, fenomena psikologi tersebut adalah hal yang sangat wajar dan bukan merupakan suatu kutukan atau karma sebagaimana banyak dipercayai orang. Déjà vu berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "pernah lihat". Maksudnya, mengalami sesuatu pengalaman yang dirasakan pernah dialami sebelumnya. Di Yunani, fenomena ini disebut dengan paramnesia yang merupakan gabungan kata para ertinya adalah "sejajar" dan mnimi ertinya "ingatan".
Kenapa déjà vu boleh terjadi?
Soalan-soalan yang mundul kemudian adalah mengapa déjà vu boleh terjadi? Jangan dulu berfikiran bahawa ini adalah fenomena alam yang tidak mampu dijelaskan secara ilmiah kerana para ilmuan telah mencari jawapan akan fenomena yang ada dalam alam fikiran manusia tersebut. Déjà vu terjadi kerana adanya gelombang yang dihantar ke dalam otak. Gelombang tersebut tercipta setiap tindakan yang dilakukan oleh manusia. Gelombang ini lalu diterjemahkan ke dalam bentuk impuls elektrik lalu dihantar ke otak dan dibaca. Tapi ada kalanya otak kita mempunyai sensitiviti tinggi sehingga gelombang yang dibaca berupa amplitud dan frekuensi tertentu bergantung kepada kualiti otak kita.
Contoh sederhananya suatu waktu kita dalam hati mendendangkan sebuah lagu. Lalu kita menyalakan radio dan radio dimainkan lagu yang sedang kita fikirkan tadi. Langsung kita berfikir "déjà vu". Padahal, ini menunjukkan bahawa gelombang radio yang dihantar oleh stesen pemancar, selain diterima oleh radio kita, juga dibaca oleh otak kita kerana sifat otak kita yang super sensitive dalam menerima gelombang elektrik itu tadi.ada lagi teori lain yang menjelaskan bahawa deja vu terjadi ketika sensasi optik yang diterima oleh sebelah mata sampai ke otak (dan dipersepsikan) lebih dulu daripada sensasi yang sama yang diterima oleh sebelah mata yang lain, sehingga menimbulkan perasaan familiar pada sesuatu yang sebenarnya baru pertama kali dilihat. Teori yang dikenali dengan nama "optical pathway delay" ini dipatahkan ketika pada bulan Disember tahun lalu didapati bahawa orang butapun boleh mengalami deja vu melalui indra penciuman, pendengaran, dan perabaannya.
Déjà vu dipengaruhi usia
Ada pula yang beranggapan bahawa déjà vu ini adalah sebuah penyakit dalam ingatan sehingga semakin tua umur seseorang maka akan semakin sering pula terjadi déjà vu. Seorang ilmuwan asal Jepun dan juga merupakan seorang neuroscientist MIT, Susumu Tonegawa, melakukan eksperimen berkaitan fenomena ini pada tikus dengan membandingkan ingatan peribadi (episodik) dengan ingatan baru yang tercatat dalam dentate gyrus. Ia mendapati bahawa tikus yang dentate gyrus-nya tidak berfungsi normal kemudian mengalami kesulitan dalam membezakan dua situasi yang serupa tapi tak sama. Hal ini, tambahnya, dapat menjelaskan mengapa pengalaman akan deja vu meningkat seiring bertambahnya usia atau munculnya penyakit-penyakit degeneratif seperti Alzheimer. Kehilangan atau rosaknya sel-sel pada dentate gyrus akibat kedua-dua hal tersebut membuat kita sukar untuk menentukan sama ada sesuatu 'baru' atau 'lama'.
Macam-macam déjà vu
Déjà vu juga terjadi dalam pelbagai bentuk ada yang hanya boleh mengingati secara samara-samar, ada yang hanya mengingati lokasi kejadian, dan ada pula yang mengingat hal-hal yang sangat terperinci. Secara garis besar, déjà vu terdiri daripada empat jenis iaitu:
1. Déjà Vu
Déjà vu jenis ini yang paling banyak terjadi di mana kita pernah merasakan suatu keadaan yang sama sebelumnya dan yakin pernah terjadi di masa yang lampau dan berulang kali. Sering kali pada saat itu individu akan diikuti oleh perasaan takut, rasa familiar yang kuat, dan merasa aneh.
2. Déjà vécu
Perasaan yang terjadi pada Deja vécu lebih kuat daripada déjà vu. Deja vécu seseorang akan merasa pernah berada dalam suatu keadaan sebelumnya dengan ingatan yang lebih detail seperti ingat akan suara ataupun bau.
3. Déjà Senti
Déjà Senti adalah fenomena "pernah merasakan" sesuatu. Suatu ketika kamu pernah merasakan sesuatu dan berkata "Oh iya saya ingat!" Atau "Oh iya saya tahu!" Namun satu dua minit kemudian sedar bahawa sebenarnya kamu tidak pernah berbicara apa pun.
4. Jamais Vu
Jamais Vu (tidak pernah melihat / mengalami) adalah kebalikan dari déjà vu. Kalau déjà vu mengingat hal-hal yang sebenarnya belum pernah dilakukan sebelumnya, Jamais Vu lain lagi. Jenis déjà vu semacam ini justeru tiba-tiba kehilangan memorinya dalam mengingat sesuatu hal yang pernah terjadi dalam diri. Hal ini boleh terjadi kerana keletihan otak.
5. Déjà Visite
Déjà vu jenis ini lebih menitikberatkan pada ingatan seseorang akan sebuah tempat yang belum pernah ia datangai sebelum ini, tetapi merasa pernah merasa berada pada lokasi yang sama. Déjà Visite berkaitan dengan tempat atau geografi ..
0 comments