Melayan Karenah Anak

by - 11:18

 http://www.zmag.com/wp-content/uploads/2011/05/baby1.jpg

Suatu petang, Puan Shida sedang menyediakan juadah malam di dapur. Tiba-tiba datang anak sulungnya berusia 4 tahun lebih menanyakan satu soalan yang dah lama si kecil tu terfikir.

Daniel : Mama, adik ni datang dari mana? Dulu tak ada pun.
(Sambil tunjuk ke arah adiknya yang sedang tidur lena)
Mama : Errr.. err??
Huhuhu.. Soalan macam ni biasa terkeluar dari mulut anak-anak kita yang bijak. Anda ada beberapa pilihan jawaban

Pilihan Pertama

Mama : Daneil.. mama tengah sibuk ni.. gi tengok tv tu.. jangan kacau mama buat kerja.
Daniel : Emmm.. (maka berlalulah si anak ke ruang tamu)

Pilihan Kedua

Mama : Adik datang dari perut mama lah sayang. Kan hari tu perut mama besar.
Sekarang adik dah keluar. Abang pun dalam perut mama dulu.
Daniel : Ooo..Tapi kenapa dalam perut?
Mama : Sebab mama sayangkan abang dengan adiklah. Masa tu kecil sangat belum kuat lagi. Bila dah besar, dah kuat, baru boleh keluar.
Mama : Macam kucing kat rumah atuk tu.. kan perut dia besar. Pastu keluar anak-anak dia.
Anak : Ooo macam tu…


http://www.lendingstream.co.uk/blog/wp-content/uploads/2011/02/Headache-baby.jpg

Melayan kerenah dan soalan anak kita memang memerlukan kesabaran dan kebijaksaaan. Jawaban pertama sangatlah kurang bernas. Ia merencatkan sifat daya berfikir anak-anak dan mengurangkan WIBAWA anda sebagai ibubapa dan guru pertama bagi mereka.

Mengikut fitrahnya, anak-anak mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Biasanya di usia 4 tahun ke atas minda logik mereka mula bercambah. Maka, masa ketika inilah mereka melontarkan soalan yang kita pun tak pernah terfikir. Boleh jadi berpeluh juga nak menjawabnya, kalau tak betul gaya.

Iyalah, nak cerita secara terperinci tak boleh pula, kerana usianya yang kecil. Nak biarkan sahaja soalan tu, lagi tak boleh dan malah sangat tidak sihat bagi perkembangan minda anak-anak. Justeru itu, sebagai ibubapa yang prihatin wajar kita mengambil perhatian yang lebih tentang ‘kecelaruan’ anak-anak dengan memahami tahap kebolehan mereka berfikir.

Bagaimana perlu melayan dan meluang masa untuk mereka?

Mungkin tip-tip di bawah ini mungkin boleh para pembaca sekalian :

1) Jadilah guru pertama kepada anak anda
 
Jawablah soalan yang ditanyakan oleh si manja anda secara berhemah. Terangkan seringkas yang mungkin yang boleh difahami oleh mereka agar mereka akan berasa percaya dengan jawaban anda mengikut kefahaman mereka. Dengan cara ini anda dapat wujudkan ‘Trust-bonding’ atau hubungan saling percaya dengan mereka. Mereka akan berasa andalah ibubapa yang berwibawa.

2) Anak-anak bukanlah orang dewasa yang kecil (Not your tiny adults)
 
Banyak masalah timbul apabila kita gagal untuk menyedari perbezaan antara anak yang berumur 3 tahun dan yang berumur 11 tahun. Kebiasaannya, kita akan membawa semua anak-anak menonton cerita yang SAMA di Televisyen ataupun panggung wayang untuk berlaku adil. Hakikatnya adalah tidak, bagi si kecil anda. Mereka masih tidak cukup matang untuk memahami segala apa maklumat berbanding kakak dan abang mereka. Ianya umpama kita cuba untuk mempercepatkan atau ‘speed up’tumbesaran minda dan emosi mereka.

3) Memahami tahap kebolehan mereka berfikir
Cuba bayangkan, jika kita menyuruh anak yang berumur 2 tahun untuk masuk tidur apabila sudah lewat malam. Walaupun mereka akan ikut arahan si ibu untuk bangun dan masuk ke biliknya, tapi cuba kita buat pemeriksaan ataupun ‘spot check’ di biliknya, pastinya si manja anda akan bermain daripada tidur! Itulah dunia mereka, suka bermain dan itu sahaja yang membuatkan mereka selesa. Ini kerana, mereka kekurangan nilai pemikiran yang wajar (rasional) ataupun ‘Operational Rational Thinking’ di usia ini. Jadi, janganlah marahkan mereka jika tidak melakukan apa yang anda suruh.

Sebagai ibu bapa kita harus mewarnai dan menghargai waktu-waktu kecil si manja anda. Luangkanlah masa anda dengan menjawab segala apa persoalan mereka walaupun anda sangat penat untuk melayan. Jangan biarkan waktu kecilnya berlalu begitu sahaja, kerana pastinya ianya tak akan berulang kembali. Anggaplah mereka adalah imbasan masa kecil anda dan sebahagian masa lampau anda.

sumber : http://duniawi-kini.blogspot.com/2011_12_01_archive.html

You May Also Like

1 comments