Kenapa kita Batuk

by - 12:32

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHjd0L9Ic61Z9wbsjqVeUZP9LHI_MiBebBPdpqgUsavhKQAqUoqOwVBaYYfAvDLsB_1Uw1stv4hbYO5jf8QlIHjfW3OOso0re1f6EHUBiMV5QkBNARbThwcKRD93pZCsaGcpZUUkUMxfo/s1600/cough.gif
 
Batuk adalah tindakan bagi menjernihkan pernafasan dan tekak. Walaupun ada kalanya agak menyusahkan sebenarnya batuk juga berperanan melindungi tubuh dan sebahagian daripada proses penyembuhan.

Peranan Batuk


Batuk berperanan menyingkirkan mukus, habuk dan debu daripada laluan pernafasan. Punca utama batuk umumnya ialah keradangan saluran pernafasan atas. Kerap kali berpunca daripada jangkitan virus atau peningkatan pengeluaran mukus kerana selsema. Apabila merebak ke bahagian pernafasan bawah, ia akan menyebabkan batuk.

Batuk boleh dibahagikan kepada dua, iaitu batuk produktif dan batuk tidak produktif. Batuk produktif menghasilkan mukus yang mungkin sudah kering di belakang tekak yang datang daripada sinus atau mungkin paru-paru.

Justeru, batuk produktif berperanan menjernihkan mukus daripada paru-paru. Selalunya batuk jenis ini berpunca daripada jangkitan virus, masalah asid perut, cecair daripada bahagian hidung yang masuk ke tekak atau merokok.

Batuk tidak produktif selalunya batuk yang kering dan tidak menghasilkan mukus. Batuk jenis ini terjadi kerana jangkitan virus, alahan, penggunaan alat kawalan tekanan darah tinggi atau jantung atau lelah.

Komplikasi Batuk


Batuk tanpa disedari membawa komplikasi tertentu terutama jika seseorang itu memang berhadapan dengan masalah kesihatan lain. Ia juga meletihkan kerana batuk memerlukan tenaga dan mengganggu tidur. Batuk yang tidak dapat dikawal mungkin boleh menyebabkan beberapa keadaan, antaranya :

  •  Menjejaskan luka pembedahan
  •  Menjejaskan fungsi kateter yang dipasang pada badan pesakit
  •  Bengkak pada otot kerana kerap batuk
  •  Menyebabkan masalah kencing
  •  Menyebabkan masalah neurologi seperti pening, sakit kepala atau strok

You May Also Like

0 comments