Keira dan suami, James Righton.Sabtu lalu secara rasmi Keira Knightley, 28, bergelar Mrs Righton selepas menikahi vokalis kumpulan pop, Klaxons, James Righton, 29, pada majlis tertutup di La Mairie Hall di Mazan, Perancis.
Bintang Pirates of the Caribbean itu hanya mengundang 11 tetamu termasuk anggota kumpulan suaminya itu. Selepas pernikahan, pasangan terbabit diraikan di kediaman keluarga Keira, yang dihadiri hanya 50 jemputan.
Walaupun sebelum ini dikhabarkan aktres terbabit rancak membuat persediaan, selain hebat diperkatakan majlis besar bakal menanti di sebuah ladang mewah, hakikatnya dia lebih senang bersederhana.
Aura pengantin terserlah
Malah, Keira dilihat hanya mengenakan gaun balerina putih susu, yang pernah digayakan pada 2008, dipadan bersama jaket rona senada daripada Chanel yang dilengkapkan sepatu rata.
“Biar tampil dengan gaya bohemian, aura pengantin masih jelas terserlah apatah lagi saat dia memakai kalungan bunga di kepala dengan rambut panjang yang sengaja dilepas. Senyuman manis pula sentiasa terukir di bibirnya,” kata sumber.
Pasangan itu diperkenalkan rakan mereka, Alexa Chung, yang juga seorang pengacara. Kedua-duanya mula keluar bersama pada April 2011.
0 comments