Fiza's Suppliment and Vitamin Online Shop

Home         Sijil Halal         Produk         Set Shaklee         Testimoni         Personal Blog         Contact        
Kuantan: Dua penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) cedera terkena objek dibaling individu tidak bertanggungjawab pada aksi separuh akhir kedua Piala FA yang melakar episod mendukacitakan di Stadium Darul Makmur, malam tadi.


Seorang wanita dipercayai penyokong Pahang terpaksa dibawa keluar polis selepas mata kanannya cedera terkena objek dibaling ketika dia dan lebih 7,000 penyokong tuan rumah terpaksa duduk di trek gara-gara stadium skuad Tok Gajah itu penuh sesak.

Seorang penyokong Johor DT pula memegang kepalanya selepas terkena balingan objek sekali gus menghidangkan risiko besar buat Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terhadap tindakan yang boleh dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang pasti berang dengan insiden ini.

Pertemuan yang diungguli Johor DT hasil kemenangan 1-0 di Stadium Larkin, Sabtu lalu itu gagal dimulakan mengikut jadual sebenar selepas 7,000 penyokong tuan rumah memenuhi trek, memaksa semua pihak terbabit mengadakan mesyuarat tergempar mencari jalan penyelesaian serta-merta.

Perlawanan dijadual bermula 8.45 malam tertangguh satu jam 40 minit sebelum pengadil perlawanan membatalkan aksi itu pada jam 10.25 malam.

Untuk rekod, Stadium Darul Makmur hanya mampu menampung 35,000 penyokong tapi 42,000 penyokong kedua-dua pasukan dianggar membanjiri stadium yang pernah menyaksikan anak didik Dollah Salleh menewaskan Johor DT, 3-2 pada saingan Liga Super, beberapa bulan lalu.

SULTAN Ahmad Shah (dua dari kiri) berbincang dengan pegawai perlawanan.


Bagi meredakan keadaan, Sultan Pahang yang juga Presiden FAM Sultan Ahmad Shah serta Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turun bertanyakan situasi sebenar kepada barisan pegawai perlawanan selain bertemu penyokong Tok Gajah di trek.

Berdasarkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), setiap perlawanan tidak boleh dilangsungkan andai ada penyokong pasukan duduk terlalu hampir dengan padang kerana dibimbangi bakal mencetuskan keadaan tidak selesa pemain yang pastinya risaukan keselamatan masing-masing.

Penyokong Johor DT, Salehan Sakiran, 39, yang datang bersama rakan dari Muar kesal insiden ini berlaku dan menyifatkan ia berpunca daripada kesilapan PBNP kerana menjual tiket melebihi kapasiti stadium.

“Memang saya takut kerana kami kelompok kecil dan ia pastinya mengundang masalah. Saya harap ia tidak berlaku lagi dan memohon kawalan keselamatan diperketatkan lagi,” katanya.

Seorang lagi penyokong Johor DT, Rosli Shariff, 43, berkata, penganjur perlawanan perlu lebih peka dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

sumber
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments













sumber
Share
Tweet
Pin
Share
No comments





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kasut sneakers ini adalah hasil pereka Itali, A Diciannoveventitre dan harganya adalah RM6000 sepasang. 







Share
Tweet
Pin
Share
No comments







Share
Tweet
Pin
Share
No comments














Share
Tweet
Pin
Share
No comments





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Carian

Penafian

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Followers

Rahsia Rezeki

Sijil Halal 2014

Sijil Halal 2014

Categories

  • Advance Joint Health Tablet
  • Alfalfa Complex
  • B-Complex
  • Basic H2
  • CarotoMax
  • Chewable Vita C Plus
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Shake Mix Caffe Latte
  • Cinch Shake Mix Chocolate
  • Cinch Shake Mix Vanilla
  • CoQ Health
  • Collagen Powder
  • ESP Shaklee
  • GLA Complex
  • Garlic
  • Herb Lax
  • Lecithin
  • Meal Shakes
  • NutriFeron
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Peppermint-Ginger Plus
  • Performance
  • Vita-C
  • Vita-E Complex
  • Vita-Lea Iron Formula
  • Vivix Shaklee

recent posts

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2014 (42)
    • ►  July (4)
    • ►  June (29)
    • ►  April (9)
  • ▼  2013 (50)
    • ►  June (8)
    • ▼  May (31)
      • Salah siapa semua ini? - myMetro
      • Mancis yang kiut
      • RUMAH BARBIE DI JERMAN
      • Harga Sneakers Yang Lama Buruk
      • Bilik idaman Lelaki
      • Pameran Lukisan 3D Terhebat Dunia Di China
      • Oasis yang berusia 2000 tahun di China
      • Jambatan Atas Pokok Yang Paling Panjang Di Dunia.
      • Cara Membersih Jalan Raya Di China
      • Lelaki rupenyer...
      • Baby Face
      • Mini Baby
      • pic : Jalan yang tenang dan sunyi
      • 7 Botol buatan terbesar di Dunia
      • 10 Bandar Hantu Terkenal Yang Digeruni di Amerika
      • 10 Bandar Hantu Terkenal Yang Digeruni di Amerika
      • 10 Bandar Hantu Terkenal Yang Digeruni di Amerika
      • Koleksi Gambar Haiwan Aneh & Ajaib di Antartika
      • Kereta yang Pelik dan Lucu Di Dunia
      • Personaliti mengikut warna
      • TAFSIR MIMPI - GIGI PATAH (Tafsir Mimpi mengikut I...
      • Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim M...
      • Keira dan suami, James Righton.Sabtu lalu s...
      • Rumah Mudah Alih Paling Mahal Di Dunia
      • Peringatan Buat Wanita, Jangan Hias Kereta Anda De...
      • Lampu Hiasan Daripada Botol & Sudu Plastik
      • Koleksi Sayur Terbesar Di Dunia
      • Koleksi Gambar Lucu / Pelik ~ Part3
      • Koleksi Gambar Lucu / Pelik ~ Part2
      • Koleksi Gambar Lucu / Pelik ~ Part1
      • Helmet Yang Boleh Dilipat
    • ►  April (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (222)
    • ►  December (2)
    • ►  November (15)
    • ►  October (1)
    • ►  September (12)
    • ►  August (1)
    • ►  July (17)
    • ►  June (49)
    • ►  May (45)
    • ►  April (25)
    • ►  March (7)
    • ►  February (38)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (250)
    • ►  December (19)
    • ►  November (231)

Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee
Open Cbox

Created with by ThemeXpose