Kanta Lekap Membutakan..AWAS...
LIRIKAN mata menggoda umpama senjata mujarab wanita. Jadi, tentu saja memiliki sepasang mata menawan satu kemestian! Tidak hairanlah jika anda sanggup berhabisan untuk melakukan apa saja demi tampil hebat di hadapan sang jejaka. Pasti bangga bila ramai yang memuji-muji mata anda.
Rahsianya tentu saja kanta lekap pelbagai warna yang sedang in sekarang ini. Lebih menarik jika anda turut mengalami masalah rabun, lebih berbaloi-baloilah keuntungannya. Pilih saja rona pilihan hati, biru, kelabu dan coklat muda adalah antara rona popular yang sedang hangat di pasaran!
Biarpun asalnya kanta lekap adalah alternatif bagi mereka yang berhadapan dengan masalah rabun namun kepelbagaian pilihan warna menarik, ia kemudiannya turut menjadi kegilaan semua wanita. Tapi awas! Dalam keghairahan menukar warna mata, usah sesekali mengabaikan penjagaannya kerana kesannya kelak memang sukar dibayangkan!
Apa Itu Kanta Lekap?
Rahsianya tentu saja kanta lekap pelbagai warna yang sedang in sekarang ini. Lebih menarik jika anda turut mengalami masalah rabun, lebih berbaloi-baloilah keuntungannya. Pilih saja rona pilihan hati, biru, kelabu dan coklat muda adalah antara rona popular yang sedang hangat di pasaran!
Biarpun asalnya kanta lekap adalah alternatif bagi mereka yang berhadapan dengan masalah rabun namun kepelbagaian pilihan warna menarik, ia kemudiannya turut menjadi kegilaan semua wanita. Tapi awas! Dalam keghairahan menukar warna mata, usah sesekali mengabaikan penjagaannya kerana kesannya kelak memang sukar dibayangkan!
Apa Itu Kanta Lekap?
Kanta lekap biasanya dipakai untuk membantu dan menyelesaikan masalah kecacatan refleksi. Terdapat tiga jenis kanta lekap popular di pasaran iaitu kanta lekap keras yang diperbuat daripada bahan Asid Plymethyl Metacrylate (PMMA), separa keras yang dihasilkan daripada bahan PMMA dan CAB dan lembut yang diperbuat daripada bahan Poly Hema.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memakai Kanta Lekap
Seboleh-bolehnya elakkan daripada membeli kanta lekap yang ditawarkan dengan harga rendah tanpa menjalani pemeriksaan mata oleh optometris dan mengambil kira kesesuaian serta keselesaan memakai kanta tersebut terlebih dahulu.
Tidak semua orang sesuai memakai kanta lekap. Mungkin kamu juga tergolong di kalangan mereka yang memiliki mata terlalu kering, alahan kelopak mata yang teruk atau barang kali kamu juga mengidap penyakit mata lain yang selama ini tidak pernah diketahui.
Punca Masalah Kerosakan Mata
Walaupun anda mungkin selesa dengan kanta sentuh, tetapi pemasangan kanta tersebut yang agak ketat boleh menghalang oksigen dan air mata daripada memasuki kawasan kornea. Ketika itu, anda hanya akan mula sedar selepas beberapa jam barulah anda dapat perhatikan mata menjadi merah dan mula berasa tidak selesa. Jika anda terus memakai kanta tersebut tanpa menyedari proses pembengkakan kornea (edema) anda menjadi semakin teruk. Kesannya, anda mudah mendapat jangkitan. Sekiranya fenomena ini kerap berlaku anda mungkin terdedah pada bahaya kebutaan.
Antara penyebab yang paling ketara berlakunya komplikasi pemakai kanta sentuh warna adalah disebabkan sikap yang suka berkongsi kanta sentuh dengan rakan-rakan. Ini kerap kali berlaku pada pemakai kanta sentuh `occasional' yang tidak mempunyai sebarang kuasa refraksi. Selain itu, ramai yang tidak tahu, penyakit serius seperti hepatitis B dan AIDS boleh berjangkit melalui pemakaian kanta sentuh.
Pengguna perlu disedarkan tentang risiko kornea ulser yang berkait dengan pemakaian kanta sentuh warna melebihi had yang telah disyorkan. Sekiranya pemakai terus menggunakan kanta tersebut melebihi daripada tempoh hayatnya, banyak kemungkinan boleh berlaku seperti, jangkitan dalam mata, kornea berparut dan menjejaskan penglihatan serta kebutaan.
Selain itu, Anda juga dilarang memakai kanta lekap ketika berada di tempat yang berbahang dan terlalu panas. Contohnya, ketika sedang membakar sate atau barbeku. Jika berdegil, anda mungkin akan buta selamanya.. Ini memandangkan kanta lekap amat sensitif kerana diperbuat daripada bahan plastik.
Tanda Mata Mula Bermasalah
• Hubungi profesional penjagaan mata atau pakar optometri anda secepat mungkin sekiranya anda mengalami mana-mana gejala berikut:
• Kesakitan pada mata: ketika memasang kanta, memakai kanta atau selepas menanggalkannya
• Panas, terasa bahang, mata merah, mata berair atau discaj/lelehan
• Tidak mampu membuka mata lama
• Terlalu peka kepada cahaya
• Penglihatan kabur, kabut atau bersilau pelangi yang degil atau melampau di sekeliling lampu
• kerengsaan melampau
• Bintik putih di kornea
0 comments