Punca Sakit Kepala dan Cara Mengurangkannya

by - 09:37


1. Sakit Kepala Ketegangan

Biasanya sakit kepala ketegangan menyerang pada waktu pagi. Penyakit ini berpunca daripada pengecutan otot-otot kepala dan leher, lantas menyebabkan kedua-dua bahagian tersebut berasa berat. Pening kepala jenis ini sering dikaitkan dengan tekanan(stress), rasa risau yang menguasai diri dan terlalu banyak berfikir.


2. Migrain

Antara jenis sakit kepala yang berbahaya kerana pesakit akan mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya enaam jam, malah boleh berlarutan sehingga 24 jam. Migrain ada beberapa jenis, antaranya Migrain klasik - ia menyebabkan pesakit hilang selera makan, berasa mual dan muntah-muntah. Pancaran petir, keadaan kepala yang seakan mencucuk-cucuk atau banyak berfikir antara punca migrain klasik.
Migrain biasanya kerap dihidapi oleh wanita berbanding lelaki dan berlaku sewaktu mereka meningkat dewasa. Antara faktor utamanya ialah pengucupan reflektoris atau ketegangan pada pembuluh nadi ke otak. Mereka yang mempunyai masalah migrain akan mengalami sekurang-kurangnya sekali sebulan.


3. Sakit Kepala Tertumpu

Dikenali juga sebagai cluster headache, sakit kepala tertumpu yang biasanya dialami oleh lelaki pertengahan umur. Ia menyerang secara tiba-tiba (tanpa sebab yang pasti). Serangan memuncak selama 5 hingga 10 minit dan berlarutan selama 30 hingga 90 minit. Kepala penghidapnya akan berasa berat dan berdenyut-denyut pada bahagian belakang mata. Rongga hidung juga akan tersumbat lantas menyebabkan mata berair.






Pencetus Sakit Kepala
• Stress
• Alkohol
• Jadual tidur yang tidak menentu
• Cahaya terang atau silau
• Perut kosong
• Perubahan hormon
• Persekitaran yang sesak
• Pengaliran udara yang tersekat


Cara Kurangkan Sakit Kepala

• Berehat dan menikmati udara segar
• Apabila mempunyai masalah, cuba untuk tidak terlalu memikirkannya
• Jika perlu, luahkan masalah kepada seseorang (keluarga atau teman)
• Bersukan
• Dapatkan tidur yang cukup
• Pakai cermin mata hitam apabila berada di bawah terik mentari
• Minum air dengan cukup
• Jangan terlalu kerap bergantung kepada ubat penahan sakit

You May Also Like

0 comments