PETUA CARI JODOH DI INTERNET

by - 17:58


Mengikut statistik yg dijalankan di negara maju dan membangun terdapat sepuluh perkahwinan yang terbina daripada seribu perkahwinan dan mereka ini berkenalan melalui internet.


Salah satu contoh di negara kita yang terkenal adalah pasangan wardina safiyah. Wardina sendiri berkenalan dengan suaminya melalui internet. Jadi memang tidak mustahil kita bertemu jodoh melalui internet. Terdapat beberapa sebab kita terpaksa mencari jodoh menggunakan internet antaranya adalah kerana;
Sibuk dengan kerjaya masing-masing
Rakan-rakan di tempat kerja masing-masing dah berpunya atau sudah berkahwin
Malu untuk mengorat secara dekat
Sudah buntu dan habis ikhtiar untuk mencari di luarDi bawah adalah beberapa contoh tips;

1. Cari menggunakan website yang sesuai

Penulis sendiri pernah menggunakan website mencari jodoh untuk mendapatkan pengalaman sendiri. Website yang paling ramai digunakan di malaysia ialah http://www.myjodoh.net

Lazimnya, pasangan yang berkenalan di dunia siber (di myJodoh atau di mana-mana) akan mula menjalinkan hubungan melalui emel, Yahoo Messenger, MSN Messenger, Skype dan sebagainya. “Sembang-sembang” dan proses berkenalan tersebut akan dilanjutkan dari alam internet ke alam telekomunkasi selepas habis waktu bekerja. Beratus-ratus ringgit wang yang mereka “derma” kepada syarikat telekomunikasi. Semua ini akan menjadi semakin rancak jika kedua-duanya berada di jarak yang jauh. Seorang di Johor, seorang di Kuala Lumpur. Semua ini akan menjadi lebih rancak jika salah seorang baru sahaja dikecewakan. Tengah frust! 

Kemudian mereka akan bertukar-tukar gambar apabila telah wujud sedikit kepercayaan atau bersembang melalui telefon, mendengar suara masing-masing. Di dalam jangka masa ini, lazimnya telah wujud rasa sayang, rindu, cemburu, berharap dan percaya … sedangkan masih belum bertemu!

Apabila telah bersedia, mereka akan bertemu untuk kali yang pertama. Lazimnya berdua-duaan. Lazimnya akan terdetik di dalam hati salah seorang “alaaaahai! kenapa dalam gambar nampak lain!??” atau “kenapa dalam emel, sms dan YM pandai berbahasa?” atau “eh .. kenapa suara dia lain macam jer..” atau “eh .. nampak macam laki orang jer ni!” dan seribu satu kekecewaan yang melambangkan orang yang dijumpai tidak seperti apa yang dikhayalkan.

Menurut kebanyakan pasangan yang berkahwin di myJodoh, mereka tidak menghadapi masalah ketika pertama kali berjumpa. Melalui aduan-aduan yang saya lihat daripada pengguna myJodoh, mereka yang menghadapi masalah ketika pertama kali bertemu, akan cuba “menjauhkan diri.” Ini akan membuat pasangan yang seorang lagi kecewa, marah dan terasa dipermainkan!

Akhirnya, myJodoh yang akan dipersalahkan!


2. Kenal pasti kriteria yang kita mahukan

Pertama sekali, kenal pasti ciri-ciri yang anda mahu sebelum mula berkenalan dengan seseorang. Untuk mengenal pasti ciri-ciri yang anda ingin, anda perlu kenal diri sendiri terlebih dahulu. (ada penjelasan panjang untuk ini) Jika orang yang anda kenal itu tidak menepati “ciri-ciri asas” seperti umur, status perkahwinan, tinggi, berat, tempat tinggal, asal, kufu dan lain yang anda kehendaki(maklumat-maklumat ini anda boleh dapati dengan bertanya melalui sistem pesanan myJodoh atau sebarang kaedah di internet), tidak perlu lanjutkan hubungan, tidak perlu buang masa, tidak perlu menanam sebarang harapan dan janji, tak payah tengok muka pun tak mengapa. Goodbye, sayonara!

Jika si dia menepati ciri-ciri yang dikehendaki, ajaklah berjumpa “ramai-ramai” dan bukan berdua-duaan. (Rasanya, tidak perlu saya jelaskan fekahnya di sini.) Pertemuan beramai-ramai di tempat awam yang terbuka akan menghilangkan suasana romantik, suasana berahi dan sebarang ketakutan. Anda boleh bertanya tentang pekerjaan, pelajaran, pengetahuan agama dan kekeluargaan. Semua jawapan akan membongkar latar belakang, pemikiran dan identiti sebenar seseorang. 

Dari saat ini, anda telah meneliti kesesuaian dan telah “melihat” serta “mendengar” orang yang anda ingin jadikan calon pasangan hidup. Kemudian fikir, fikir dan fikir. Jangan terburu-buru menolak dan jangan terburu-buru menerima. Minta pendapat rakan-rakan yang ikut serta di dalam pertemuan. Kemudian beristikharahlah. 

Jika petunjuk yang datang adalah positif maka eloklah disudahi dengan ikatan perkahwinan. Ajak sahaja si dia berkahwin. Ia akan berlaku dengan pantas dan mudah, InsyaAllah. (Ingat, anda melakukan setelah mendapat petunjuk daripada tuhan.) Perbincangan pra dan pasca perkahwinan biasanya akan berlaku di sini. Sebagai contoh, siapa akan bertukar tempat kerja, hantaran, mas kahwin, pertunangan, tarikh bertemu kaum keluarga … dan sebagainya. 

Jika sebaliknya, kedua-duanya akan menjadi “hanya kawan” dan tidak ada lebih daripada itu. Berterus-teranglah dengan si dia. Jangan terus menyepi, kerana ini akan menimbulkan isyarat yang sebaliknya! Dia akan menyangka anda suka, tetapi malu nak menghubunginya.

Sebagai tambahan, kadang-kala akan wujud keinginan di dalam hati salah seorang untuk “terus memilih” walaupun telah bertemu yang sesuai. Ini adalah sikap negatif untuk sesuatu perhubungan dan adalah elok sekiranya anda membatalkan perhubungan sekiranya anda mengetahui si dia “masih lagi dalam proses memilih.” Jangan lupa, hadiah saguhati anda jika tidak dapat ke final adalah kekecewaan. Jadi, jangan cari penyakit walaupun si dia nampak menarik.


3. Bina profile yang menarik

Profile yang menarik adalah kunci sama ada seseorang itu berminat untuk menghantar message kepada kamu. Tulis profile yang ceria, hidup dan mempunyai sifat positif. Elakkan menulis perkara-perkara negatif. 
Letakkan photo yang terkini yang menarik dan jangan sesekali letakkan gambar bersama org lain yang berlainan jantina bersama kerana ia boleh menimbulkan keraguaan. letakkan header dengan jelas siapa ciri ciri yang kamu cari. tulis perkara-perkara yang tidak tipikal dan jadi seorang yang unik. gambar mesti kemas jelas dan memakai pakaian yang sesuai atau stylo.


4. Mengikut panduan keselamatan

Pastikan kamu tidak memberi alamat rumah, telepon rumah atau alamat tempat kerja sebelum kamu benar-benar pasti. Untuk 'first date' sentiasa jumpa di tempat umum dan ramai orang. Jangan sesekali memasukkan duit ke dalam akaun bank orang yang kita tidak pernah jumpa. Sebelum jumpa untuk pertama kali minta gambar yang terkini atau bertanya bila tarikh gambar di dalam profile mereka.


5. Belajar untuk berkomunikasi dengan baik

Untuk ayat-ayat mengurat boleh refer kepada entry saya sebelum ni untuk lebih detail. Message atau email kita yang pertama adalah first impression. Ia menentukan sama ada si dia membalas atau tidak. Sentiasa mulakan dengan memuji si dia seperti "saya suka kan senyuman awak" atau baca profile dia dan tanya tentang apa yang dia minat.

6. Belajar untuk hormat dan terima..jangan terburu-buru!
Semua orang tidak suka orang yang suka mendesak, terutamanya perempuan. Jangan terus meminta no telepon dalam hari yang sama..tapi jika si dia memberi tanpa di minta itu bermaksud si dia memang berminat dengan kamu. Jangan terburu-buru dalam mengorat. mulakan sedikit demi sedikit agar si dia merasa selesa terlebih dulu. Mulakan dengan 'like' status si dia dan comment yang agak kelakar. Apabila si dia sudah mula berasa mesra baru kita berterus terang. akhir sekali belajar untuk merasa di reject. dan kembali mencuba orang lain..jangan cepat berputus asa.


Sumber : blog2cinta.blogspot.com

You May Also Like

1 comments