WATAK PEREMPUAN IKUT HARI LAHIR..sekadar pengetahuan
Tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat dan perwatakan wanita mengikut hari mereka dilahirkan.
ISNIN - Wanita ini bersikap jujur, tak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dalam pergaulan. Ramai lelaki dan wanita sukakannya. Dia juga mudah beri pertolongan, cergas, kuat berusaha, teliti dan pandai uruskan kewangan.
Namun, jika marah berapi-api dan memang menakutkan. Jarang mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia seorang yg amat setia dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.
SELASA - Tabiat wanita ini memang suka mencari salah orang lain dan berpotensi utk menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
Bila tak sukakan seseorang, selalu cari kesalahannya, hatinya keras dan susah dilembutkan. Tapi, dia senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu je yg tahu rahsianya. Keputusannya tak kuat, mudah goyang dan mudah terpengaruh dalam banyak hal.
Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tak kedekut, rajin bekerja, bertanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dlm byk aspek atau perkara.
RABU - Seorang yg suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu.
Namun, dia pandai bergaul, pandai mengambil hati dan menghargai orang lain. Amat mementingkan teman drpd dirinya sendiri.
Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia dan tak suka diperintah dalam kerja. Keputusan tak seimbang kerana kurang pengalaman.
Hatinya keras dan amat susah utk dipujuk. Hanya orang tertentu je yg tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai mencari wang, tetapi kurang cermat, boros.
Cintanya pandang pertama, dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksual pula, boleh tahan, bahkan dia adalah seorang yg romantikkkk...
KHAMIS - Suka menyinggung hati orang lain, percakapannya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.
Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun dah ada kekasih atau suami. Namun, dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tak tetap, mudah terpedaya dgn pujuk rayu hingga tak kenal yg mana baik dan yg mana buruk.
Dia pandai urus dan rancang kewangan. Di awal perkahwinan, dia tunduk pada suami, tapi dia akan jauh berubah bila usia perkahwinan dah makin lama.
Seksualnya agak tinggidan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tak terkawal jati dirinya.
JUMAAT - Wanita yg dilahirkan pada hari ini tabiatnya berani untuk menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yg berbahaya dan sia-sia.
Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.
Dalam soal kewangan, dia seorang yg amat boros dan tak pandai simpan harta demi masa depan serta tak suka mengaku kesalahan sendiri.
Cintanya sejati dan tak mudah berubah... cuma kadang-kadang tak telus...Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan dan tak suka jika dipaksa...
SABTU - Seorang yg kuat cemburu, suka kebendaan, tak sukakan budak-budak serta suka bertikam lidah.. itulah antara nilai dirinya..
Namun, dia seorang yg berpendirian tegas, cerdas pemikirannya serta teliti dalam banyak perkara, menjadikannya seorang wanita yg sungguh istimewa.
Tak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-citanya.
Bila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir utk masa depan. Wanita ini akur dan ikut je perintah suaminya. Seksualnya agak dingin, tetapi jika kena gayanya ia penuh dengan kelembutan dan kenikmatan....
AHAD - Sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Bila bersuami, dia seorang yg sangat taat kepada suaminya. Namun, dia suka merendahkan kawan dan selalu bersikap bangga diri.Tak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.
Antara keperibadiannya yg kurang disenangi ... dia suka mengkritik orang, tapi tak suka bila ada orang yg mengkritiknya.
Percintaannya tak telus, tapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka...
Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja.. Seorang yg tak mudah mengalah namun bersikap boros la pulak... Rangsangan seksualnya agak tinggi..
"APA YG DIPAPARKAN INI SEKADAR PENGETAHUAN BUKANNYA UNTUK DIPERCAYAI 100 PERATUS..."
0 comments