Koleksi Cerita Lawak Pendek 9

by - 13:03

Bas tiada pemandu


Pada tahun 80-an di sebuah bandar... terdapat sejenis pengangkutan baru berupa bas dua tingkat. Lalu orang ramai berpusu-pusu menaikinya untuk mencuba kehebatan bas dua tingkat ini. Antaranya termasuklah warga-warga dari kampung. 

Pada suatu hari ada seorang lelaki bernama ghani yang datang dari kampung bercadang untuk menaiki bas dua tingkat tersebut. Kebetulan pada masa itu bas penuh sesak dengan penumpang terutamanya di tingkat bawah. 

lalu di konduktor bas pun menyuruh Ghani naik ketingkat atas. Baru berjalan beberapa meter ghani turun ketakutan ketingkat satu semula

Si konduktor terkejut dan bertanya “ada apa???” 

sambil melompat turun Ghani menjawab “takut.. tak ada pemandu diatas!!!!!!"




Terkena

Dua buah kereta terlibat dalam satu pelanggaran kuat.. Kereta remuk teruk tapi kedua-dua pemandu tidak luka walau sedikit pun. Pemandu kereta pertama seorang lelaki dan pemandu kereta kedua seorang perempuan... 

Pemandu perempuan : "wow hebat.... saya perempuan dan awak lelaki.. kita terlibat dalam pelanggaran kuat... kereta remuk tapi kita tidak luka sedikit pun"

Pemandu lelaki : "Ye... ajaib sekali"

Pemandu perempuan : "Kita patut meraikan peristiwa ini sebaik-baiknya.. Kita patut jadi kawan mulai hari ini"

Pemandu lelaki : "Ye... boleh boleh.. sebagai tanda syukur selamat dari kemalangan ini.. kita patut jadi kawan..."

Lalu pemandu perempuan itu terpandang sebotol arak didalam keretanya dan berkata..

Pemandu perempuan : "Nah... tengoklah... walaupun kereta remuk.. tapi botol arak yang baru saya beli tadi itu tidak pecah... mari kita raikannya dengan meminum bersama-sama"

Pemandu lelaki : "Ayuh... jangan tunggu lagi"

lalu pemandu perempuan mengambil botol arak dan memberikannya kepada pemandu lelaki dan berkata "Silakan minum..."

Pemandu lelaki mangambil botol tersebut.. mengongcangkannya dan membuka penutup botol dan berkata kepada pemandu perempuan..

Pemandu lelaki : "Awak minum dulu...."

Lalu pemandu wanita mengambil botol arak itu... meminumnya beberapa teguk... dan memberi kepada pemandu lelaki pula... dan berkata 

Pemandu perempuan : "Giliran awak pula"

Pemandu lelaki : "Maaf.. saya sebenarnya sedang menunggu polis datang" 



Kali Pertama

Di sebuah hospital 

Pesakit : "Saya akan di bedah ke doktor?"

Doktor : "Ya, tapi kenapa anda keliatan begitu cemas sekali?" 

Pesakit : "Iya doktor, ini adalah kali pertama saya dibedah"

Doktor : "Oh kalau begitu tenang saja.. saya juga ini kali pertama menjalankan pembedahan"


You May Also Like

0 comments

Google+ Followers