Koleksi Cerita Lawak Pendek 8
Sudah Terlambat
Seorang polis di sebuah pekan kecil menahan sebuah motosikal kerana dipandu melebihi kelajuan yang dibenarkan.
"Maafkan saya encik...." lelaki itu bersuara
"Saya boleh jelaskannya..." dia menyambung....
"Diam kamu...." Polis mengherdik..
"Kamu akan saya masukkan ke lokap sehingga ketua saya habis bercuti dan kembali bertugas"
"Tapi encik. saya cuma nak memberitahu sesuatu..."
"Aku kata diam... aku tak nak dengar apa-apa alasan.. kamu tetap aku masukkan ke lokap"
Selepas beberapa jam ditahan didalam lokap.. polis tadi berkata kepada tahanan lelaki tadi...
"Kamu bernasib baik... ketua saya sedang bercuti kerana melangsungkan perkahwinan anak perempuannya... mood dia sangat baik.. jadi saya lepaskan kamu"
"Semuanya sudah terlambat... saya lah pengantin lelaki dalam perkahwinan bos encik..."
Air Tembikai
lina meminta suaminya Tajol mengecat rumahnya yang telah pudar.. Tajol memberi alasan demi alasan bagi menolak permintaan alina..
Alina : "Abang.. dah 6 bulan saya minta abang catkan baru rumah kita.. tapi abang asyik cakap.. gaji tak cukup la.. nak beli itu ini la... macam-macam... kalau dah susah sangat.. abang belikan je cat.. biar saya yang cat semuanya.."
Kerana tak tahan dengan permintaan alina... tajol akhirnya membeli 3 tin besar cat dan menyerahkan kepada alina...
Keesokkannya alina mula mengecat rumah... dia memanjat tangga dan mengecat bahagian atas... tajol duduk di dapur sambil makan dan minum air jus tembikai...
tiba-tiba jiran sebelah rumahnya seorang wanita melintas di dapur dan ternampak tajol sedang makan dan minum air jus tembikai sedangkan isterinya sedang memanjat tangga mencecat rumah.
Jiran : "Kamu ni tajol... tak tahu malu ke.... alina susah payah memanjat tangga mengecat.. kamu bersenang lenang minum air jus tembikai di dapur"
Tajol : "Err.. err... alina cakap dia tak minum jus tembikai..."
Nama Saya Dollah
Ketika Dollah baru mendaftar ke sebuah sekolah rendah... dia ditanya oleh seorang guru yang kebetulan namanya sama dengan Dolah.
Cikgu Dollah : "Nama awak siapa?"
Dollah : "Nama saya err... Dollah."
Cikgu Dollah : (Sambil marah) "Kalau bercakap dengan guru kamu mesti sopan, kamu mesti pakai 'Cikgu', mengerti? Cuba ulang lagi!, nama kamu siapa?"
Dollah : (Gemetar dan gugup) "Nama... nama saya Cikgu Dollah."
Tersalah Bas...
Seorang lelaki mabuk menaiki sebuah Bas pada lewat tengah malam. Dengan keadaan berjalan terhoyong hayang dan bau yang busuk.. dia duduk disebelah wanita tua.
Wanita tua itu memandang dari atas ke bawah lelaki mabuk itu dan berkata dengan bencinya...
Wanita tua : "Aku ada khabar buat kamu.... kamu akan ke neraka"
Lelaki mabuk itu bangun dan menjerit...
Lelaki mabuk : "Alamakkk... aku dah tersalah bas"
Siapa yang PALING malas
Di sebuah workshop motosikal.... Tokey Huat menpunyai tujuh orang pekerja lelaki. Malangnya kesemua tujuh pekerjanya itu mempunyai sifat malas yang teruk.
Suatu hari Tokey Huat mendapat idea untuk mencari siapa diantara mereka bertujuh yang paling malas.
Tokey huat : "Saya ada satu kerja paling mudah khas untuk yang paling malas diantara kamu.."
Tokey Huat menyambung : "Siapa yang merasakan diri mereka paling malas.. sila angkat tangan.."
enam dari mereka mengangkat tangan. Tinggal seorang sahaja yang tidak mengangkat tangannya. Tokey huat kehairanan dan bertanya..
Tokey Huat : "Kenapa kamu tidak mengangkat tangan?"
Lelaki ke tujuh : "Ohh.. itu adalah satu perkara yang paling susah untuk di buat"
0 comments