Apakah Hukum Tipu Sunat

by - 13:33

Apakah yang akan anda lakukan jika berada di situasi dimana anda terpaksa berbohong untuk mengelakkan rasa malu. Contohnya jika anda berada dalam situsuasi pernikahan dimana tok kadi bertanyakan sama ada anda sudah sunat atau belum? Sudah tentu anda akan mengatakan yang anda sudah sunat walau pada hakikatnya anda belum sunat. Kalau jawab belum sunat, tak dapat kahwin la jawabnya. (hehe) Adakah ini dikatakan tipu sunat? huhu.. Apakah hukumnya sekiranya kita tipu atau berbohong secara terpaksa (tiada pilihan lain)?

Hukum asal bagi berbohong adalah haram kerana ia mengandungi bahaya yang akan menimpa ke atas orang yang dusta itu ataupun ke atas orang lain. Dalam Al-Quran menjelaskan Allah SWT menyediakan balasan neraka kepada orang-orang yang berdusta.

Tetapi kadang-kadang berbohong mendatangkan maslahah (pandangan berbeza-beza). Di kala itu berbohong diharuskan.

Begitu juga berbohong kadang-kadang boleh menjadi wajib seperti jika seseorang bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya. 

Berbohong juga menjadi harus untuk menghalang dari tercetusnya peperangan atau untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.

Dalam situasi ini diharuskan berbohong, tetapi hendaklah mengikut sekadar yang perlu sahaja dan tidak melampaui batas atau berlebihan. Ada banyak hadis yang membuktikan bolehnya berdusta kerana maslahah-maslahah yang dinyatakan di atas. 

Thawban pernah berkata: Berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya. Begitulah yang dijelaskan di dalam kitab Maw'izah Al-Mukminin oleh Imam Al-Ghazali.


You May Also Like

0 comments