Fiza's Suppliment and Vitamin Online Shop

Home         Sijil Halal         Produk         Set Shaklee         Testimoni         Personal Blog         Contact        
Assalamualaikum..
Set Penurunan Darah Tinggi Shaklee

Apakah itu darah tinggi? 

Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita. 

Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat. 

Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat. 

Apakah itu tekanan darah tinggi? 

Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar). 

Tanda dan gejala 

• Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. 

• Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini. 

Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi? 

Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. 
Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan. 

Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%. 

Bagaimanakah tekanan darah diukur? 

Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai: 

• Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid. 

• Peranti elektronik yang disahkan. 

• Peranti tekanan darah ambulatori automatik 

Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah: 

• Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung. 

• Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini. 

• Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil. 

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah. 

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi? 

Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. 

Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya. 

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda. 

dipetik dari sumber


Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Penyakit jantung adalah masalah utama rakyat Malaysia dan CoQ Health Shaklee membantu dalam menjaga kesihatan jantung.Rakyat Jepun telah menjadikan makanan yang mengandungi Coenzyme Q10 bagi mengekalkan tahap kesihatan mereka terutama di bhagian jantung.Coq merupakan nutrien yang dihasilkan dalam badan kita bagi memastikan organ utama seperti jantung,buah pinggang,pankreas dan hati berfungsi dengan baik.

CoQ Shaklee adalah campuran CoQ(28mg), Vitamin E dan juga ekstak Teh Hijau yang di datangkan dalam bentuk kapsul.

Kelebihan CoQ Health Shaklee
  • Memastikan kesihatan jantung(kardiovaskular)
  • Menghasilkan tenaga supaya sel otot jantung berfungsi dengan sempurna.
  • Antioksida (melindungi arteri dari LDL)
  • Melancarkan peredaran darah dan menyingkirkan kolestrol yang terdapat di salur darah.
  • Tekanan darah menjadi normal
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan boleh melakukan aktiviti seharian.
  • Menjaga kesihatan ginjal yang penting untuk menyingkirkan bahan buangan dalam badan.
  • Meningkatkan kualiti sperma dan kesuburan lelaki
  • Mengurangkan migrain akibat sakit kepada
Cara Mengekalkan Kesihatan Jantung
  • Jaga apa yang anda makan.Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak atau kolestrol dan lebihkan yang berserat.
  • Selalu bersenam bagi mengeluarkan peluh.Berjogging dan menaiki tangga di pejabat boleh membuat badan kita menjadi sihat.
  • Kurangkan merokok kerana asap rokok bukan sahaja membahayakan penghisap rokok tetapi asapnya lebih berbahaya kepada orang yang berada berdekatan dengan kita.
  • Selalu ketawa kerana selain dapat menggerakkan otot di bahagian muka,ia juga dapat meningkatkan degupan jantung kita.
  • Ambil suplemen seperti CoQ Shaklee sebagai makanan tambahan anda.
Cara Pengambilan CoQ Shaklee

Setiap botol mengandungi 30 biji tablet dan anda boleh mengambilnya 1 biji setiap hari selepas makan.

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Carian

Penafian

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Followers

Rahsia Rezeki

Sijil Halal 2014

Sijil Halal 2014

Categories

  • Advance Joint Health Tablet
  • Alfalfa Complex
  • B-Complex
  • Basic H2
  • CarotoMax
  • Chewable Vita C Plus
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Shake Mix Caffe Latte
  • Cinch Shake Mix Chocolate
  • Cinch Shake Mix Vanilla
  • CoQ Health
  • Collagen Powder
  • ESP Shaklee
  • GLA Complex
  • Garlic
  • Herb Lax
  • Lecithin
  • Meal Shakes
  • NutriFeron
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Peppermint-Ginger Plus
  • Performance
  • Vita-C
  • Vita-E Complex
  • Vita-Lea Iron Formula
  • Vivix Shaklee

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2019 (1)
    • ▼  May (1)
      • OKU 3 Jari Khairul Nizam buktikan kejayaan adalah ...
  • ►  2014 (42)
    • ►  July (4)
    • ►  June (29)
    • ►  April (9)
  • ►  2013 (50)
    • ►  June (8)
    • ►  May (31)
    • ►  April (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (222)
    • ►  December (2)
    • ►  November (15)
    • ►  October (1)
    • ►  September (12)
    • ►  August (1)
    • ►  July (17)
    • ►  June (49)
    • ►  May (45)
    • ►  April (25)
    • ►  March (7)
    • ►  February (38)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (250)
    • ►  December (19)
    • ►  November (231)

Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee
Open Cbox

Created with by ThemeXpose