Fiza's Suppliment and Vitamin Online Shop

Home         Sijil Halal         Produk         Set Shaklee         Testimoni         Personal Blog         Contact        



SAKIT tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis.

Pharynx adalah sebahagian tekak yang terletak di antara mulut dan peti larinks atau suara. Ia selalunya dikaitkan dengan selesema biasa atau influenza. Biasanya, ia sembuh tanpa komplikasi tetapi di dalam sesetengah kes, ia berkembang menjadi penyakit serius. 

Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak. 

Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak.

Biasanya, sakit lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya. 

Sakit tekak yang tidak rumit biasanya berlanjutan sehingga tiga hari manakala yang teruk berlaku lebih lama, mungkin membabitkan gejala lebih serius seperti tonsilitis atau laryngitis (radang di bahagian larinks atau peti suara). 

Penyebab sakit tekak 

Biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin. 


Punca sakit tekak 

Jangkitan bakteria - disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang. Bakteria lain yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah gonorea, iaitu sejenis jangkitan kelamin. 

Jangkitan virus - kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher. 

Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak. 


Kemungkinan punca lain 

Penyakit campak (measles) juga boleh menyebabkan sakit tekak pada sesetengah keadaan. Bernafas melalui mulut boleh menyebabkan tekak kering dan menyakitkan. Dalam beberapa kes, sakit tekak mungkin tanda kanser kerongkong (biasanya di kalangan perokok) atau Aids alahan. 

Alahan selalunya tidak menyebabkan sakit tekak secara tiba-tiba. Bagaimanapun, boleh menyebabkan kerengsaan tekak kronik yang ringan. 

Pembedahan seperti pembuangan tonsil (tonsillectomy) boleh membawa kepada sakit tekak dan penggunaan tiub ketika anastesia untuk pembedahan juga boleh menyebabkan sakit tekak selepas pembedahan. 


Tanda lain bagi sakit tekak 

  • Sakit di tekak dan adakala merebak ke telinga. 
  • Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate). 
  • Jika sakit tekak disebabkan jangkitan streptococcal, tonsil sering membengkak dan bersalut putih. Demam, sakit kepala dan muntah serta kesukaran membuka mulut selain suara menjadi serak. 


Rawatan 

Antara rawatan yang boleh dicuba di rumah sebelum berjumpa doktor ialah banyak minum air suam, berkumur dengan air garam dan menghisap ubatan lozenges, di samping pengambilan ubat demam atau tahan sakit (painkiller). Bagaimanapun, jika sakit tekak berterusan, segera berjumpa doktor untuk rawatan. 

Doktor akan memeriksa sama ada antibiotik diperlukan untuk rawatan atau tidak dan ubatan sampingan juga akan dibekalkan. 

Begitu pun, sakit tekak yang berkait dengan demam kuat dan kesukaran menelan mungkin memerlukan kemasukan ke wad untuk antibiotik intravena.


Kredit: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Viruspuncasakittekak/Article/index_html
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


BANGI: Kementerian Kesihatan memantau rapi penjualan rokok elektronik atau e-cigarette di pasaran bagi memastikan ia tidak menjejas kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kementerian telah mengesan terdapat rokok elektronik yang mempunyai cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan di pasaran.

"Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat' di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra hari ini.
keratan akhbar


Liow diminta mengulas kenyataan Pengarah kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan bahawa menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Akhir-Akhir ini, rokok elektronik yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dalam rokok itu dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di kalangan perokok.

Liow berkata pada ketika ini tiada kawalan berhubung penjualannya di negara ini kerana rokok elektronik tanpa cecair nikotin diguna untuk mengurangkan ketagihan perokok.

"Justeru, kita perlu meneliti kegunaan e-cigarette," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian mengawal penjualan cecair nikotin mengikut Akta Racun 1952 dan ia hanya boleh dibeli melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

"Kementerian Kesihatan mengawal penjualan cecair nikotin agar ia tidak boleh dijual sebarangan kerana penggunaan yang berlebihan dalam rokok eletronik akan meningkatkan ketagihan terhadap rokok dan memudaratkan kesihatan," katanya.

Selain itu, Liow berkata kajian terperinci akan dibuat untuk melihat bagaimana rokok elektronik boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan. - BERNAMA

sumber : http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/KementerianKesihatanpantaupenjualan_rokokelektronik_/Article/index_html
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Carian

Penafian

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Followers

Rahsia Rezeki

Sijil Halal 2014

Sijil Halal 2014

Categories

  • Advance Joint Health Tablet
  • Alfalfa Complex
  • B-Complex
  • Basic H2
  • CarotoMax
  • Chewable Vita C Plus
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Shake Mix Caffe Latte
  • Cinch Shake Mix Chocolate
  • Cinch Shake Mix Vanilla
  • CoQ Health
  • Collagen Powder
  • ESP Shaklee
  • GLA Complex
  • Garlic
  • Herb Lax
  • Lecithin
  • Meal Shakes
  • NutriFeron
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Peppermint-Ginger Plus
  • Performance
  • Vita-C
  • Vita-E Complex
  • Vita-Lea Iron Formula
  • Vivix Shaklee

recent posts

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2014 (42)
    • ►  July (4)
    • ►  June (29)
    • ►  April (9)
  • ▼  2013 (50)
    • ►  June (8)
    • ►  May (31)
    • ►  April (3)
    • ▼  March (2)
      • Virus punca sakit tekak
      • Kementerian Kesihatan pantau penjualan 'rokok elek...
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (222)
    • ►  December (2)
    • ►  November (15)
    • ►  October (1)
    • ►  September (12)
    • ►  August (1)
    • ►  July (17)
    • ►  June (49)
    • ►  May (45)
    • ►  April (25)
    • ►  March (7)
    • ►  February (38)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (250)
    • ►  December (19)
    • ►  November (231)

Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee
Open Cbox

Created with by ThemeXpose