
Terdapat beberapa cara untuk kita pastikan madu yang dijual tu asli ke tak ..
1. madu tu klu di bakar dgn api dia akan menyala.. klu tiruan dia tak makan dek api.. (bubuh madu dlm sudu pastu ambik lighter bakar betul2 kat madu tu)
2. madu klu asli semut tak kan hurung.. klu ada semut banyak tanda nyer itu madu yg dicampur dgn gula..
3. madu yg asli klu letak dlm peti ais dia tak kan beku..
4. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.
(Mendapan akan ada jika madu sudah dicampur gula, dan gula ini akan mendap setelah
beberapa lama.)
5. Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air
(tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan
air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
6. Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur
yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang
mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.
7. Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!
some of it is not true though.
ReplyDeletehere is a link for the exact info~
>>>> http://blogmadu2u.blogspot.com/p/sarang-lebah.html
SOALAN LAZIM TENTANG MADU LEBAH
ReplyDeleteSumber:http://bahterayubalams.tripod.com/
S: Adakah menguji madu dengan menggunakan kuning telur atau mancis api dapat menentukan madu itu asli?
J: Ya tapi tidak semestinya kerana:-
1.'panas' madu boleh menjadikan telur setengah masak.
2.batang mancis yang dicelup madu masih dapat dibakar kerana masalah kekentalan, maka perlu waktu yang lama untuk meresap keseluruh bahagian batang mancis itu tadi.
S: Bagaimana penjelasan tentang semut yang masih mendatangi madu?
J: Semut datang kerana aroma manis dari madu tetapi tidak memakannya, selain itu sering dikatakan semut tidak mendatangi madu adalah madu yang masih di dalam sarang.
S: Bagaimana pula tentang madu yang ‘meletup’?
J: Madu yang meletup biasanya terjadi pada madu yang masih muda kerana terjadi fermentasi yang disebabkan oleh masih tingginya kadar air pada madu tersebut.
S: Bolehkah mengidap penyakit kencing manis minum madu?
J: Ia bergantung jenis pada darah pesakit berkenaan.
S: Cara minum madu yang baik?
J: Campurkan madu dan air sejuk atau suam dengan secukup rasa, minum 2 kali sehari.
S: Bagaimana penyimpanan madu yang baik?
J: Madu disimpan di tempat yang kering dan bersuhu sederhana. Jangan disimpan dalam peti sejuk. Ini kerana terdapat enzim-enzim yang hidup dalam madu, jika disimpan di tempat yang terlalu pasan atau sejuk, enzim tersebut akan mati dan khasiat madu akan hilang.
S:Berapa lama madu boleh disimpan?
J:Madu boleh disimpan bertahun-tahun lamanya, malah akan menjadi lebih baik. Mengikut sejarah, madu yang tertua ditemui berumur 10,000 tahun yang tersimpan di dalam sebuah piramid di Mesir.