Fiza's Suppliment and Vitamin Online Shop

Home         Sijil Halal         Produk         Set Shaklee         Testimoni         Personal Blog         Contact        
Assalamualaikum. Melihat kepada video luahan kesedihan oleh Pengasas JamuMall.com dengan menceritakan zaman silamnya membuat ramai netizen turut melelehkan air mata. Digelar insan OKU dengan tidak mampu untuk berbuat apa-apa selama beberapa tahun membuat beliau hampir berputus asa dengan kehidupannya.


OKU 3 Jari Khairul Nizam buktikan kejayaan adalah milik semua  | Tetapi Allah Maha Adil dan tidak membiarkan insan seperti Khairul Nizam yang hanya mempunyai kemampuan 3 jari untuk bangun bangkit dan berjaya. Berkat usaha, keiinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, kemahuan untuk belajar dan sentiasa ingin memperbaiki diri serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk berjaya membawa beliau mengecapi kejayaan yang kecapinya sekarang.


Mengimbas kembali zaman beliau dimana semuanya dalam tidak berkemampuan, makan disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat, tidur perlu dijaga membuatkan beliau merasa seolah-olah terlalu sukar untuk meneruskan kehidupan.


Bebanan menanggung kehidupan yang serba kekurangan menjadi lebih berat dan terkesan apabila tiada sesiapa di sisi untuk membantu. Bila tiba ketikanya menjadi haus, lapar, penat pada siapa lagi dirinya hendak bergantung harap namun mengharapkan mati tidak sesekali. 


Allah maha pemurah lagi maha mengasihani. Dengan muhasabah diri, ada sebabnya Allah memberi beliau nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal yang mesti dimanfaatkan oleh beliau. Terdetik juga dihati beliau sambil merenung dan mengimbas kehidupan orang ramai di luar sana, sekiranya beliau normal seperti orang lain, beliau hendak membuat sehabis kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain.



Diusia 30 tahun,  Khairul Nizam bangkit dengan membina satu syarikat yang diberi nama Jamumall Sdn Bhd dan membina platform jualan Jamumall.com. Alhamdulillah, beliau berjaya membina satu syarikat yang telah mencapai tahap yang sangat berjaya sehinggakan beliau mampu untuk mengecapi kemewahan dan kesenangan hidup seperti orang lain.


Kini, beliau mampu untuk makan mewah, mengambara ke luar negara seperti Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak lagi negara luar yang telah berjaya beliau lawati. Beliau juga telah berjaya mendapatkan sebuah rumah mewah buat keluarga, menanggung keluarga dan bersedekah setiap hari.


Bukan untuk menunjukkan riak, jauh sekali untuk membangga diri. Beliau ingin sampaikan bahawa semuanya tidak mustahil jika kita berusaha dan menanamkan azam yang tinggi dalam diri untuk berjaya. 



Beliau melihat banyak antara mereka yang malas untuk merubah hidup sendiri. Kerap memberi alasan apabila bekerja dan mudah putus asa apabila berdepan dengan cabaran. Ini semua hanya merugikan diri sendiri.


Ramai yang cuba untuk memilih kerja yang senang, tidak mahu susah dan memilih untuk hidup susah sedangkan mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna. Dari situ, terdetik di hati beliau keinginan untuk membantu mereka yang susah dan seboleh-bolehnya tidak mahu jadi seperti mereka di luar sana yang malas berusaha.


Kejayaan yang dikecapinya sekarang adalah berkat kesungguhan untuk berjaya yang ada dalam diri beliau. Dan semua value yang ada dalam dirinya dibawa sekali ke dalam pasukan yang dia ada sekarang. Beliau juga menyeru masyarakat untuk bangkit, bersemangat dan berjaya seperti beliau.  





Saksikan Luahan hati beliau di FB yang sangat terkesan.



Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-siakan. Aku bangkit untuk memberi manfaat pada orang lain.
Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal dapat melihat kegembiraanm senyuman ramai orang-orang disekeliling aku.

Beliau sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan mahupun perniagaan bukanlah mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat telah merubah kehidupan Khairul Nizam sebagai Pengasas JamuMall.com ke tahap kejayaan sekarang. Khairul Nizam juga telah membuktikan bahawa status OKU bukan halangan berjaya. 


Jom follow Khairul Nizam.

FB : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE : https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website : https://jamumall.com/

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
PRODUK SHAKLEE YANG KITA PERLU TAHU

1. Shaklee Tiada Kilang Di Malaysia

Shaklee memang tiada kilang di Malaysia. Kilang Shaklee hanya ada di negara luar sahaja, terutamanya di US. Kenapa ye?? Mudah sungguh jawapannya. Sebab Shaklee hendak mengawal kualiti semua produk mereka. Jadi, pengeluaran produk Shaklee memang memerlukan tapisan dan kawalan yang ketat.

2. Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM

HHmmm… Isu ini sedang hangat diperdebatkan. Sebagai umat Islam sememangnya kita takut hendak mengambil produk yang tidak halal. Cara untuk kita tahu sama ada produk itu halal atau tidak. Kita tengok logo halal yang ada pada produk tersebut. Di Malaysia, badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk adalah JAKIM. Malangnya, Shaklee tiada sijil halal JAKIM. TETAPI Shaklee ada sijil halal dari ISA.

Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di negara tersebut. Maka di US, badan tersebut dikenali sebagai ISA. ISA pula sudah direkodkan oleh JAKIM sebagai salah satu badan luar negara yang diiktiraf status halalnya di Malaysia. Maka, JAKIM tidak perlu meletakkan lagi logo halal JAKIM pada produk Shaklee. Lagi pun ISA nie keluarkan sijil halal ni setiap tahun.

3. Produk Shaklee Mahal Sangat

Ana sudah menjual kepada ramai pengguna. Ramai yang bising dan membandingkan harga produk Shaklee yang MAHAL dengan produk vitamin lain. Sebenarnya, mereka tidak tahu bahawa, produk Shaklee yang MAHAL nie boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Malah ada yang tahan sehingga 6 bulan lamanya. Jadi, jika difikirkan semula… harga produk Shaklee sebenarnya jauh lebih murah dari vitamin jenama lain jika di bahagikan mengikut bulan. Contohnya, Vitamin C Shaklee berharga RM92.50 sebotol dengan bilangan tablet sebanyak 180 biji. Jika kita mengambil sebiji sehari tanpa terskip pengambilannya, boleh tahan untuk 6 bulan… Maka, sebulan kita hanya membelanjakan sebanyak RM15.50 untuk Vitamin C Shaklee. Bukan ke murah sangat-sangat dah tu…

4. Produk Shaklee Susah Nak Dibeli

Selalu Ana dengar orang mengeluh kerana produk Shaklee nie susah sungguh nak beli… Di Farmasi tak jual pun… Apatah lagi di TESCO, GIANT, WATSON dan sebagainya. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee adalah produk kesihatan yang eksklusif. Shaklee tidak perlu dipromosi seperti barangan jenama COLGATE, Shukubutsu dan sebagainya. Kerana produk Shaklee sememangnya sudah kukuh asasnya dan telah terbukti keberkesanannya dengan pelbagai ujian kualiti dan banyak yang telah dipatenkan.

5. Produk Shaklee Cepat Habis Stok

Sekarang nie memang sedang fenomena Shaklee di mana-mana sahaja. Produk Shaklee memang macam goreng pisang panas. Memang stok Shaklee asyik habis je… Susah sungguh nak maintain makan Shaklee nie. Nak continue produk je, habis… hhhmmm… Hebat sungguhlah Shaklee nie… Ramai yang percaya.

6. Produk Shaklee Tak Elok Dari Segi Bau Dan Warna

Kalau bau tak best ada pada B Complex Shaklee. Memang baunya agak kuat.. lagi lagilah kalau kita letakkan di suhu bilik.. Memang berbau satu bilik tau… Lagi satu produk Shaklee yang bau tak berapa nak wangi nie adalah Nutriwhite. Jika dibandingkan dengan pencuci muka lain memang Nutriwhite ni kalahlah… hehe…
Lagi satu, warna yang tak menarik… tak warna warni pun… kenapa ye?? Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produknya adalah semulajadi… So, tak delah tambahan pewarna dan pewangi lain… semuanya, bahan semulajadi. Tiada bahan kimia ye…

7. Produk Shaklee Tak Tahan Panas

Memang ada produk Shaklee yang tak tahan panas. Terutamanya, yang dalam bentuk kapsul seperti omega guard, gla, lecithin dan vit e. B complex pun sama. Sebab apa jadi macam tu?? Sebab produk Shaklee nie tiada bahan pengawet dan bahan kimia… Semuanya semulajadi… So, seelok eloknya, jangan lah dedahkan vitamin Shaklee korang tu kat tengah panas macam dalam kereta yang berjemur ke… Nanti habis lah segala zat dan nutrient dalam nya musnah...

8. Produk Shaklee Bukan Vitamin Sintetik

Pernah tak nampak di dalam botol botol yang ada gel silica… Apa fungsi gel silica nie ye??? Gel nie berfungsi untuk menyerap kelembapan… Vitamin yang ada gel silica di dalam botolnya, bermaksud vitamin itu adalah vitamin sintetik… Tapi dalam botol produk Shaklee memang tiada gel silica nie… Sebabnya, semua produk Shaklee adalah dari badan semulajadi yang natural… bukan sintetik… Jadi, mana yang lebih baik, SEMULAJADI atau pun SINTETIK… fikirkanlah…

9. Produk Shaklee Lama Nak Habis

Ana dah bagi contoh di atas tadi… contoh tentang Vit C yang ada 180 biji yang tahan untuk 6 bulan. Zinc complex dan Vitalea yang ada 120 biji yang boleh tahan sehingga 4 bulan… lama sungguh… jadi, kalau rasa nak cepat habis vitamin tu… silalah kongsi dengan ahli keluarga kita, confirm habis cepat… hehe…

10. Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan

Semasa awal pengambilan vitamin Shaklee mesti ramai yang ada kesan sampingan. Ada yang rasa lemah badan, rasa lenguh badan, rasa panas badan dan loya muntah… Sebabnya, badan kita nie nak mengubah corak pemakanan… yelah, kalau sebelum nie kita makan macam macam… tak kisah pun sama ada ia banyak kolestrol dan kandungan gula… lepas ambik vitamin Shaklee, kita sebenarnya sedang membiasakan diri dengan vitamin tersebut… vitamin tu sedang menyahtosinkan semua badan yang tak perlu dalam badan kita nie… sebab tu kira merasa kesan sampingan nie…. Dan sebenarnya kesan sampingan nie adalah krisis pemulihan badan kita sendiri… tetapi, ramai yang tidak tahu… huhu…

11. Shaklee Tak Perlukan Duta Produk

Banyak sungguh jenama produk yang membayar artis-artis terkenal dan orang penting untuk menjadi wakil produk mereka. Tetapi Shaklee tidak pun. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee memang mahukan mereka yang biasa biasa ini untuk berkongsi kehebatan Shaklee. Lagipun, Shaklee sememangnya sudah kukuh dan dan semulajadi selamat, berkesan dan terbukti selama lebih 50 tahun lagi...

Apa lagi.. jom makan dan amalkan pemakanan Shaklee sebagai makanan tambahan kita.. 

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Dipetik dari Sumber 

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).

Banyak juga kena gasak dengan soalan-soalan yg mencabar tetapi alhamdulillah dapat dijawab dengan baik. Tau bagaimana nak menjawab soalan maut dari kawan2 yg ada latar belakang agama ni? Mudah je, ikut step saya ni kalau anda mampu =) :

1. Jangan berpusing-pusing. Terus jawab direct to the point dan jangan sesekali menipu.

2. Saya ingatkan mereka saya juga graduan Azhar. Takkan saya nak burukkan nama Azhar dengan join bisnes yag bukan-bukan dan bersalahan pula dengan syarak.

3. Yang ni point akhir, taktik "Mati Ayat" namanya. Saya ingatkan mereka juga bahawa saya diiktiraf sebagai Graduan Terbaik Fakulti Usuluddin dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen al-Azhar yg dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah. 

Point ni saya hanya guna untuk orang-orang yang memerli dan menghukum terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan untuk berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi dari akal pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri tapi HARAM untuk orang lain.


Sijil Produk Halal dari Islamic Services of America

Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak. 

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. 

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. 

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. 

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. 

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.

Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.

Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?

Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam. 

Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.

Anda juga boleh merujuk kepada http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html.

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum.. puasa dan kurma memang tidak boleh dipisahkan.. Seperti yang korang sedia maklum, buah kurma mengandungi banyak khasiat dan ia perlu dijadikan sebagai makanan harian kerana manfaatnya. Fiza kongsikan sedikit info mengenai khasiat buah kurma sempena bulan Ramadhan ini.

google image

Kurma di angkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi, mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
google image

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
google image

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

sumber

Ini baru sebahagian jer Fiza kongsikan.. Balik nie Fiza nak try buat Jus Kurma dengan ESP Shaklee untuk menu berbuka puasa hari ini.. Korang yang nak mendapatkan produk shaklee, khidmat runding dan pertanyaan boleh hubungi / whatapps Fiza di 017-9488034. In syaa Allah Fiza akan cuba membantu. Selamat berpuasa. #sayamkndanjualshaklee

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum..
Tersedia dengan set bajet dan juga set lengkap untuk menurunkan kencing manis

10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

1. Paras gula darah tinggi 

Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

3. Hilang berat badan secara tiba-tiba

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

4. Sentiasa rasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.

Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

5. Luka lambat sembuh

Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.

6. Keletihan dan cepat marah

Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

7. Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

8. Penglihatan kabur

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

9. Kebas pada tangan dan kaki

Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

10. Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

dipetik dari sumber 

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum..
Set Penurunan Darah Tinggi Shaklee

Apakah itu darah tinggi? 

Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita. 

Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat. 

Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat. 

Apakah itu tekanan darah tinggi? 

Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar). 

Tanda dan gejala 

• Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. 

• Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini. 

Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi? 

Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. 
Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan. 

Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%. 

Bagaimanakah tekanan darah diukur? 

Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai: 

• Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid. 

• Peranti elektronik yang disahkan. 

• Peranti tekanan darah ambulatori automatik 

Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah: 

• Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung. 

• Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini. 

• Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil. 

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah. 

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi? 

Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. 

Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya. 

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda. 

dipetik dari sumber


Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum..
Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik mesti bimbang bila tibanya bulan puasa.. jangan risau.. Vitamin shaklee in syaa Allah dapat menanganinya.. PM saya untuk detail.

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum
Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

SUMBER OMEGA 3

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee:

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Vitamin ini dihasilkan daripada satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi sendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Apakah estrak jagung?
Estrak jagung secara semulajadinya kaya dgn glukosamina yg merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yg juga dijumpai dalam tendon dan ligemen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dalam membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Apakah Boswellia?
Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yg berfungsi sebagai anti radang semulajadi.

Apakah yg membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?

Ekstrak Boswellia proprietari yg digunakan di dalam Shaklee Advanced Jointh Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yg berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yg berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yg lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutirisinya dapat menyokong keselesaan sendi yg lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yg lebih tinggi.

Antara kebaikan AJHT ni :
  • menyokong keselesaan sendi
  • membantu mengekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?


Untuk hasil yg terbaik, ambillah mengikut apa yg disarankan iaitu 2 tablet sehari bagi setiap hidangan.

Mengapa ia bebas daripada kondroitin?

Ia tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yg sulfat kondroitin juga boleh menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yg lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.

Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / Wechat saya:
COD Area : Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Carian

Penafian

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Followers

Rahsia Rezeki

Sijil Halal 2014

Sijil Halal 2014

Categories

  • Advance Joint Health Tablet
  • Alfalfa Complex
  • B-Complex
  • Basic H2
  • CarotoMax
  • Chewable Vita C Plus
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Shake Mix Caffe Latte
  • Cinch Shake Mix Chocolate
  • Cinch Shake Mix Vanilla
  • CoQ Health
  • Collagen Powder
  • ESP Shaklee
  • GLA Complex
  • Garlic
  • Herb Lax
  • Lecithin
  • Meal Shakes
  • NutriFeron
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Peppermint-Ginger Plus
  • Performance
  • Vita-C
  • Vita-E Complex
  • Vita-Lea Iron Formula
  • Vivix Shaklee

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2019 (1)
    • ▼  May (1)
      • OKU 3 Jari Khairul Nizam buktikan kejayaan adalah ...
  • ►  2014 (42)
    • ►  July (4)
    • ►  June (29)
    • ►  April (9)
  • ►  2013 (50)
    • ►  June (8)
    • ►  May (31)
    • ►  April (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (222)
    • ►  December (2)
    • ►  November (15)
    • ►  October (1)
    • ►  September (12)
    • ►  August (1)
    • ►  July (17)
    • ►  June (49)
    • ►  May (45)
    • ►  April (25)
    • ►  March (7)
    • ►  February (38)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (250)
    • ►  December (19)
    • ►  November (231)

Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee

Anti Penuaan ~ Vivix Shaklee
Open Cbox

Created with by ThemeXpose